• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Pandang Serius Masalah Mikrosefali Pada Bayi

oleh Ahmad Albab
03/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kementerian Kesihatan memandang serius masalah mikrosefali kepada bayi yang dikaitkan dengan jangkitan Zika pada wanita hamil yang dilaporkan berlaku di Thailand.

Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kes mikrosefali tersebut iaitu kecacatan pada bayi baru lahir yang menyebabkan saiz kepala lebih kecil daripada normal yang boleh membawa kepada masalah perkembangan serius, adalah yang pertama dilaporkan di Asia Tenggara.

“Pihak Thailand memberitahu mereka berpendapat penyakit itu berkaitan dengan virus Zika. Ini merupakan kes yang serius, jadi kita akan meningkatkan lagi keperluan untuk pengawalan dan pemantauan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima Bangunan Baharu bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Gunung Rapat di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.

Dr Subramaniam berkata bagi mengelak penularan virus Zika, ia memerlukan kerjasama daripada rakyat untuk mengawal pembiakan nyamuk Aedes walaupun langkah pencegahan telah dilakukan kementerian.

Beliau turut menasihati kaum wanita khususnya yang ingin mengandung atau sudah mengandung agar mendapatkan nasihat dan membuat pemeriksaan doktor terlebih dahulu.

Menurut Channel NewsAsia, keputusan awal daripada kajian di Brazil mengaitkan jangkitan Zika pada wanita hamil dengan masalah mikrosefali pada bayi mereka.

Mengenai perkembangan kes jangkitan Rotavirus dan Gastroentritis Akut (AGE) membabitkan Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort, Dr Subramaniam berkata pihaknya akan mengambil tindakan termasuk denda terhadap pengurusan taman tema air itu sekiranya didapati berlaku kecuaian.

Beliau berkata pihaknya masih belum menerima sebarang keputusan ujian sampel air yang dianalisa Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh, Selangor.

Taman tema air itu ditutup selama 14 hari sejak Khamis lepas bagi membolehkan kerja pembersihan dijalankan selepas beberapa kes AGE dan Rotavirus dikesan dipercayai kerana mandi di pusat rekreasi tersebut.

Setakat hari ini, 56 kes AGE direkodkan masing-masing 27 di Kedah dengan 15 daripadanya positif Rotavirus, Pulau Pinang (10 AGE, tujuh Rotavirus) manakala di Perak (19 AGE, satu Rotavirus).

Sementara itu, mengenai sekolah tersebut, Dr Subramaniam yang juga Presiden MIC berkata sekolah bantuan penuh kerajaan berkenaan akan dibina di tapak baharu seluas 0.97 hektar di Ipoh dengan kos pembinaannya berjumlah RM7 juta.

“Sebanyak dua blok sekolah akan dibina ditapak itu bagi menampung seramai 117 pelajar dan 17 guru selain pelbagai kemudahan akan disediakan,” katanya. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Rohingya perlu dilihat dari sudut kemanusiaan, namun pada masa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd