• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Hidup Chong Wei Diabadikan Dalam Filem

oleh Ahmad Albab
19/10/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kisah perjalanan hidup pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akan diabadikan dalam filem dan bakal menemui penonton pada 2018.

Filem biografi terbitan CB Pictures Sdn. Bhd., akan menjalani penggambaran pada pertengahan tahun depan dengan kos pembikinan dianggarkan antara RM4.5 juta dan RM6 juta.

Proses uji bakat untuk barisan pelakon akan diadakan Disember ini, kata produsernya, Josiah Chieng.

Menurutnya, pihaknya masih sedang dalam proses memujuk pemain nombor satu dunia itu supaya turut berlakon dalam filem tersebut.

“Selama tiga tahun, kami memujuk Chong Wei untuk memberikan kita hak untuk kisah hidupnya difilemkan dan akhirnya beliau bersetuju dan memberikan kami hak tersebut,” katanya selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara pemain itu dengan syarikat produksi itu di sini, hari ini.

Chong Wei, yang kini beraksi pada Siri Super Terbuka Denmark, diwakili abangnya, Lee Chong Hoong.

Chieng berkata genre filem adalah berbentuk motivasi yang akan menjadi inspirasi kepada semua, baik dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

“Datuk Lee Chong Wei adalah ikon sukan dan wira Malaysia. Ceritanya adalah wajar bagi Malaysia… bukan sahaja perlu ditayangkan dalam negara malah di seluruh dunia,” katanya. – BERNAMA

Tags: datuk lee chong wei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lee Chong Wei Terima Anugerah Ijazah Kehormat USM

02/12/2021
0

ARAU: Tokoh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menerima Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) sempena...

Chong Wei Percaya Kemampuan Harimau Malaya Muncul Juara

09/12/2018
0

PUTRAJAYA - Jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berharap skuad Harimau Malaya mampu mencipta kejayaan muncul juara Piala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd