• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Negeri Pertama Jalin Kerjasama Dengan NFDP

oleh AK-47
11/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merupakan persatuan negeri pertama menjalin kerjasama dengan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) bagi membangunkan bola sepak remaja di negeri itu.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk berpadu tenaga dalam menyelaraskan semua inisiatif pembangunan bola sepak Kedah di peringkat akar umbi.

“KFA menjadi negeri pertama yang menjalankan kerjasama dengan NFDP. Melalui perjanjian ini, kita akan dapat penyelarasan lebih baik lagi di peringkat negeri dan akademi yang ditubuhkan di bawah NFDP di negeri Kedah.

“NFDP akan teruskan program sedia ada di Akademi Tunas, Pusat Latihan Daerah dan Sekolah Sukan Negeri Kedah iaitu akan membekalkan pemain bagi Akademi Dato’ Ahmad Basri (ADAB),” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara KFA dan NFDP di Menara KBS, di sini.

Dalam pada itu, Khairy menjelaskan peranan KFA adalah mengiktiraf NFDP sebagai unit pembangunan bola sepak KFA selain menyedia dan menyelenggara padang untuk latihan pemain.

“Padang-padang itu adalah Stadium Suka Menanti, Kompleks Hijau Kuning dan dua lagi padang yang akan ditentukan kemudian iaitu Padang Penjara Alor Setar dan Padang INSPIN (Institut Pengurusan Dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kerjasama tersebut akan menaikkan semangat penyokong bola sepak negeri Kedah terutamanya bakat muda.

“Saya yakin melalui kerjasama sebegini, kita dapat menyediakan pemain pelapis berbakat besar. Kedah sangat memerlukan bantuan sentuhan daripada KBS terutama sekali dalam sukan bola sepak.

“Rancangan kerajaan negeri sendiri, kami mewujudkan Akademi Dato’ Ahmad Basri untuk memberi satu suntikan kepada anak-anak muda di Kedah,” kata Ahmad Bashah yang juga presiden KFA. – BERNAMA

Tags: KFANFDP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis & JKDM Kelantan Tubuh Pasukan Khas Bersama Jejak Tonto

Next Post

Liberal Biadab Cadang Tukar Solat Jumaat Ke Sabtu

Related Posts

Banjir: Polis Johor Diletakkan Dalam Keadaan Bersiap-siaga

Sumbangan RM6 Juta Dipulangkan Semula – Sanusi

07/01/2024
0

KUALA NERANG: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa wang RM6 juta yang dikaitkan dalam isu rasuah Persatuan Bola Sepak...

Lapor SPRM Jika Wujud Penyelewengan Kewangan Dalam KFA

08/10/2018
0

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mendapati wujudnya penyelewengan...

Next Post

Liberal Biadab Cadang Tukar Solat Jumaat Ke Sabtu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd