• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Pemuda UMNO Batu Lintang Maut Kemalangan

oleh Ahmad Albab
25/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Ketua Pemuda UMNO cawangan Batu Lintang di sini, maut selepas kereta jenis Perodua Viva dipandunya bertembung dengan sebuah kereta jenis sama yang memasuki laluannya sewaktu cuba memotong, di Kilometer 50 Jalan Alor Setar-Butterworth berhampiran stesen minyak Caltex, Bedong, kira-kira pukul 8.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa berkata Mohd Nizam Walat, 38, yang parah di bahagian dada, disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandu sebuah lagi kereta, Siti Shakinah Hashim, 26, yang juga parah di bahagian dada, masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

“Mohd Nizam yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Pelabuhan Prai, dalam perjalanan dari arah Butterworth menuju arah Alor Setar, manakala mangsa yang parah datang dari arah bertentangan.

“Kereta dipandu wanita terbabit dikatakan memasuki laluan mangsa sewaktu cuba memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya, walaupun ia kawasan garisan berkembar, namun gagal lalu bertembung dengan kereta dipandu mangsa,” katanya kepada Bernama.

Md Zukir berkata mayat dihantar ke HSAH untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd