• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama Malaysia – Thailand Lanjut ETS Ke Hat Yai

oleh Ahmad Albab
16/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kementerian Pengangkutan sedang bekerjasama dengan kerajaan Thailand bagi melanjutkan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Padang Besar hingga ke bandar Hat Yai.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan Thailand menunjukkan minat untuk melanjutkan landasan ETS yang setakat ini hanya sampai ke Padang Besar dari Kuala Lumpur.

Beliau berkata selaras dengan perkembangan pesat perkhidmatan sistem pengangkutan, kementerian menyokong penuh inisiatif yang diambil oleh kerajaan Thailand bagi menjayakan perlanjutan landasan ETS sehingga ke Hat Yai.

“Berikutan perbincangan dengan rakan sejawatan kami, kerja-kerja perlanjutan landasan ETS sedia ada dari Padang Besar ke Hat Yai sedang berjalan dan kami sangat optimistik projek ini akan siap menjelang 2020,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen tahunan MCA Pulau Pinang di sini hari ini.

Menurut beliau perlanjutan landasan ETS ini akan memberi faedah kepada kedua-dua negara terutama sekali kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) setelah projek ini siap kelak.

Liow berkata kementeriannya dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bersetuju untuk menambah 10 lagi tren ETS tahun depan, bagi memenuhi peningkatan penumpang.

“Ketika ini, KTMB mempunyai 38 tren ETS, dan menawarkan perkhidmatan bagi laluan Gemas-Padang Besar dua kali sehari. Setiap tren mempunyai enam gerabak yang boleh memuatkan sehingga 300 penumpang pada satu-satu masa, dan itu pun masih tidak dapat memenuhi permintaan semasa,” katanya.

Sementara itu, Liow yang juga presiden MCA menyuarakan rasa kesalnya berikutan kegagalan kerajaan negeri Pulau Pinang memberi kerjasama kepada kerajaan pusat bagi memajukan Terminal Pelayaran Swettenham Pier.

Katanya sejak 2008, Kementerian Pengangkutan masih gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan tambahan tanah daripada kerajaan Pulau Pinang dan terminal berkenaan masih kurang dimajukan meskipun telah lengkap.

“Kami berjaya membawa semula Star Cruise Libra ke perairan Pulau Pinang tetapi terminal itu masih memerlukan kemudahan yang sesuai untuk memenuhi permintaan bagi lebih banyak kapal persiaran,” katanya.

Beliau berharap kerajaan negeri, demi kebaikan rakyat negeri Pulau Pinang, lebih bersikap terbuka untuk berbincang dengan pihak berkuasa pelabuhan bagi membangunkan terminal itu. – BERNAMA

Tags: ETSLiow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PM Sertai Aktiviti Pemuliharaan Tasik Chini

Next Post

UMNO Mesti Menang Bukan Sebab Pembangkang

Related Posts

12,600 Tiket Tambahan ETS Untuk Aidilfitri Mula Dijual Esok

12,600 Tiket Tambahan ETS Untuk Aidilfitri Mula Dijual Esok

03/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6...

Tidak Perlu Cetak Cukai Jalan Digital – JPJ

Kren Tumbang, 40,000 Pengguna ETS, KTM Komuter Terjejas

13/12/2023
0

PETALING JAYA – Lebih 40,000 pengguna perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membabitkan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter Lembah...

Next Post

UMNO Mesti Menang Bukan Sebab Pembangkang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd