• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Terus Usaha Tingkat Taraf Hidup Masyarakat

oleh AK-47
23/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan terus berusaha dan membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat pelbagai kaum termasuk kumpulan etnik di negara ini dengan menyediakan peruntukan bagi pelbagai projek melibatkan pembangunan, pendidikan dan ekonomi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata dalam Bajet 2017, sejumlah RM222 juta diperuntukkan bagi projek bekalan air terawat di 42 perkampungan Orang Asli, program pembangunan ekonomi dan keusahawanan serta penempatan semula perkampungan antaranya di Sungai Ruil di Cameron Highlands, Pahang.

Katanya bagi projek Hak Adat Peribumi, RM20 juta disediakan untuk pemetaan tanah di Sabah manakala RM30 juta di Sarawak.

Sejumlah RM50 juta akan diperuntukkan bagi pembangunan Kampung Baru Cina, dan RM50 juta untuk pinjaman Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) melalui Koperasi Jaya Diri Malaysia Bhd (KOJADI).

“Sebanyak RM20 juta lagi disediakan untuk pinjaman mikro kredit yang diseliakan oleh Malaysian Chinese Women Entrepreneurs Foundation,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata sebanyak RM20 juta akan disalurkan kepada Yayasan Penaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia untuk memberi pinjaman kepada penjaja komuniti Cina.

Bagi masyarakat India, RM50 juta diperuntukkan untuk program peningkatan kapasiti dan pendapatan manakala RM150 juta bagi program pembiayaan perniagaan melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan Amanah Ikhtiar Malaysia.

Kerajaan juga bakal memperluaskan program prasekolah kepada 50 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dengan peruntukan RM10 juta.

“Saya mahu membuat kenyataan dasar bahawa kerajaan komited untuk mengarusperdanakan program-program pembelaan ke atas masyarakat India yang akan terus diperkasakan dalam agenda pembangunan negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bajet 2017
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Inisiatif Tingkat Industri Kreatif, Penerbitan Filem

Next Post

Pakistan Menang Tipis 1-0 Ke Atas Korea Selatan

Related Posts

Eksport, Import Kasar Dijangka Meningkat 2017

29/10/2017
0

KUALA LUMPUR – Eksport kasar Malaysia dijangka meningkat sebanyak 16.6 peratus kepada RM917.5 bilion pada 2017 berbanding RM787 bilion pada...

LHDN Nafi Terbit `Analisa Bajet 2017′

07/08/2017
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan agensi kutipan cukai negara itu ada mengeluarkan analisa berhubung pendapatan dan...

Next Post

Pakistan Menang Tipis 1-0 Ke Atas Korea Selatan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd