• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persempadanan SPR: Kerajaan P.Pinang Kemuka Bantahan

oleh Ahmad Albab
14/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini menghantar surat bantahan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri berhubung kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata bagaimanapun wakil rakyat PKR di negeri ini tidak mengemukakan bantahan berhubung perkara itu.

PKR menguasai tiga kawasan Parlimen dan 10 kawasan Dewan Undangan Negeri di negeri ini dan difahamkan kesemua kawasan itu tidak terjejas dengan cadangan kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya itu.

“Saya dimaklumkan wakil rakyat PKR tidak mengemukakan bantahan… saya tidak diberitahu mengapa mereka (PKR) tidak membuat bantahan tetapi saya yakin mereka akan mengumumkan sebab tindakan mereka dalam tempoh terdekat,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya borang bantahan urusan kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya itu dibuat menerusi saluran kerajaan negeri dengan disokong oleh beberapa anggota Parlimen dan ADUN.

Lim berkata mesyuarat Exco negeri turut melantik tiga wakil rakyat sebagai jawatankuasa penyelaras iaitu anggota Parlimen (MP) Tanjong Ng Wei Aik, MP Bukit Mertajam Steven Sim dan MP Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa bagi membantu kerajaan negeri mengkaji kajian persempadanan semula itu.

Bulan lepas, Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113
Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lepas.

Hari ini 14 Okt adalah hari terakhir yang diberikan oleh SPR untuk semua pihak untuk memgemukakan bantahan masing-masing. – BERNAMA

Tags: Persempadanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Persempadanan Semula Kawasan PR Akan Dibentang

10/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Usul persempadanan semula kawasan pilihan raya akan dibentang untuk dibahas dan diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat kali...

Sempadan Semula Dilaksana Sepenuhnya Ikut Undang-Undang

19/10/2016
0

KUALA LUMPUR - Proses persempadanan semula bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd