• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Indonesia Naikkan Cukai Rokok Mulai Januari

oleh Ahmad Albab
12/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Harga rokok di Indonesia bertambah sebanyak 10 peratus mulai Januari tahun depan susulan langkah kerajaan republik ini menaikkan cukai rokok di negara itu.

Media-media tempatan memetik Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati sebagai berkata bahawa kementerian itu meluluskan peraturan mengenai kenaikan cukai bagi semua jenis dan jenama rokok berkuat kuasa 1 Januari 2017.

Beliau berkata kenaikan cukai terpaksa dilaksanakan bagi membolehkan kerajaan mengawal pengeluaran dan pengunaan rokok di negara ini.

“Kenaikan tersebut harus seimbang sehingga tidak memberi kesan negatif terhadap peluang pekerjaan (industri tembakau) dan memberi ruang kepada syarikat industri kecil,” katanya.

Kerajaan Indonesia menyasarkan pendapatan cukai tembakau sebanyak 150 trilion rupiah (RM45 juta) pada tahun depan, yang bertambah 5.7 peratus berbanding tahun ini.

Rokok tempatan yang paling popular di Indonesia ialah jenis kretek, yang diperbuat daripada bahan campuran tembakau dan bunga cengkih serta beberapa ramuan lain.

Harga rokok itu dikatakan paling murah di dunia dengan sebatang rokok kretek buatan mesin dijual kira-kira 10 sen manakala keretek buatan tangan dijual kira-kira 15 sen sebatang.

Rokok putih buatan mesin pula dijual dengan harga kira-kira 15 sen sebatang manakala rokok putih buatan tangan pula dijual dengan harga kira-kira 18 sen sebatang.

Media dalam talian memetik Penganalis Pentadbiran Awam Indonesia, Agus Pambagyo sebagai berkata peraturan untuk menaikkan cukai rokok itu tidak akan menjejaskan industri rokok kerana walaupun harga rokok akan berbeza secara purata sebanyak 10 peratus, ia masih lagi yang paling murah di dunia.

Beliau berkata selaras dengan kenaikan harga rokok, kerajaan juga haruslah membanteras kegiatan pengeluaran dan penjualan rokok haram serta penyeludupan rokok.

Ini kerana, katanya kenaikan harga rokok akan memberi ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab menjual rokok murah secara haram. – BERNAMA

Tags: Rokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

11/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa supaya hasil tambahan daripada duti eksais ke...

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

09/09/2025
0

Klang: Polis membongkar kegiatan menjual rokok dan minuman keras tidak bercukai secara runcit selepas menyerbu sebuah rumah dan kedai di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd