• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Akur AS Tolak Rayuan Bebas Hambali

oleh Ahmad Albab
31/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keluarga warga Indonesia, Riduan Isamuddin atau dikenali sebagai Hambali, dalang insiden pengeboman di Bali, menerima tamparan hebat selepas Lembaga Kajian Berkala penjara Guantanamo menolak rayuannya untuk dibebaskan dari penjara tersebut.

Hambali sedang menjalani hukuman penjara di Guantanamo selama lebih 10 tahun.

Lelaki berusia 52 tahun itu yang dikenali sebagai Osama bin Laden Asia Tenggara memohon untuk dibebaskan pada Ogos lalu di hadapan Lembaga Kajian Berkala dengan berkata dia hanya mahu kehidupan yang lebih aman.

Adik bongsunya, Kankan Abdul Qodir, 38, akur dengan keputusan tersebut.

“Apa yang boleh kita lakukan jika AS (Amerika Syarikat) fikir dia (Hambali) merupakan ancaman kepada mereka? Tiada apa yang boleh kita lakukan. Kita hanya menerima keputusan itu,” kata Kankan kepada The Star dalam satu temubual menerusi panggilan telefon dari Cianjur, Jawa Barat, Indonesia.

“Sudah tentu sebagai ahli keluarganya, kami berharap dia akan dibebaskan. Namun apa sahaja yang berlaku, ia ketentuaan Allah.”

Lembaga Kajian Berkala itu menolak rayuan Hambali pada 25 Oktober lalu dengan menegaskan dia masih lagi ancaman keselamatan kepada AS.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata Malaysia tidak akan menerima Hambali sekiranya dia dibebaskan kerana dia hanyalah pemegang Taraf Penduduk Tetap (PR).

Jika dia kembali, Malaysia berdepan dilema kerana ketiadaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sudah dimansuhkan untuk menahan Hambali yang didakwa terlibat dalam kegiatan militan.

ISA kini digantikan dengan Akta Kesalahan-Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(Sosma) 2012.

“Sosma tidak boleh digunakan untuk menahannya kerana kesalahan Hambali dilakukan dari tahun 1985 hingga 2003. Sosma tidak boleh digunakan secara retroaktif,” kata Ayub.

Beliau turut memberi amaran bahawa Hambali akan aktif semula dalan kegiatan militan sekiranya dia dibebaskan.

“Hambali mempunyai kapasiti besar untuk merekrut orang ramai… dia berkarisma dan mempunyai kenalan di kalangan pemimpin Al-Qaeda.

“Ramai pemimpin kanan JI (Jemaah Islamiah) dilatih Hambali dan Yazid Sufaat (Malaysia),” kata Ayub.

Pada masa sama, pegawai bahagian anti-pengganas Indonesia turut memberi amaran bahawa Hambali akan menjadi ancaman besar kepada negara itu sekiranya dia dibebaskan.

“Ia akan jadi bencana kepada Indonesia jika Hambali pulang kerana dia amat berbahaya,” kata seorang pegawai kanan keselamatan Indonesia. – mStar Online

Tags: Al-QaedaHambalipengganas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular," kata bekas Pengurus...

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

09/04/2023
0

OUAGADOUGOU : Sekurang-kurangnya 44 orang awam terbunuh manakala ramai lagi yang cedera dalam serangan kumpulan pengganas di dua buah kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd