• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Senaraikan 20 Penceramah Bukan Fahaman Ahli Sunnah

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINTOK – Kerajaan negeri akan mengeluarkan senarai lebih 20 penceramah dari seluruh negara yang mempunyai fahaman selain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah, kata Exco Agama negeri Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid.

Mohd Rawi berkata, ia bagi menyekat penyebaran ajaran dan fahaman lain yang dilihat mula menular di negeri ini dan merosakkan akidah umat Islam.

“Kita telah ada senarai nama individu yang dipercayai menyeleweng fahaman dan amalan selain Ahli Sunnah Wal Jamaah dan senarai itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Individu-individu ini akan dilarang untuk memberi ceramah atau mengajar di negeri ini bagi mengelak penularan fahaman lain yang boleh merosakkan akidah dan agama rakyat Kedah,” katanya selepas merasmikan Seminar Islam Dan Kelestarian Ummah peringkat Serantau di Universiti Utara Malaysia (UUM), hari ini.

Seminar yang dihadiri 300 peserta itu membolehkan para pembentang dan peserta bertukar fikiran dalam pelbagai isu berkaitan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mohd Rawi berkata penceramah yang ingin mengadakan ceramah atau mengajar perlu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Mufti terlebih dahulu sebagai langkah penapisan peringkat awal dalam memastikan apa yang disampaikan tidak bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Kalau kita tidak ambil langkah pencegahan dan membiarkan sahaja, kita bimbang akan wujud jurang fahaman di kalangan masyarakat yang akhirnya membawa kepada pertelingkahan.

“Kita di peringkat negeri telah ambil langkah pencegahan jadi pihak kementerian dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga perlu lihat kenapa senarai larangan ini dikeluarkan,” katanya.

Sementara itu, Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhammad Baderuddin Ahmad mengingatkan supaya umat Islam perlu bersatu bagi membanteras usaha pihak tertentu yang ingin menghakis fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah di Kedah. – BERNAMA

Tags: Ahli Sunnah Wal JamaahSunnah
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Ajak Umat Islam Contohi Akhlak, Amalkan Sunnah Rasulullah SAW

Tunku Mahkota Ismail Ajak Umat Islam Contohi Akhlak, Amalkan Sunnah Rasulullah SAW

24/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menyeru seluruh umat Islam supaya terus mencontohi akhlak serta mengamalkan sunnah...

Polis Siasat Hizbut Tahrir Malaysia

01/10/2020
0

JOHOR BAHRU - Polis Johor membuka kertas siasatan terhadap Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) selepas menerima 17 laporan polis terhadap fahaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd