• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kami Cuma Nak Tau Mana Duit Derma Tu Lesap? – Netizen

oleh AK-47
24/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH lama berdiam diri dengan pelbagai dakwaan dari ahli keluarga sendiri yang menuduhnya pecah amanah, akhirnya individu paling ‘dikehendaki’ netizen, Faizznur Asyraf Husain tampil memberikan penjelasan panjang lebar melalui laman sosialnya, semalam.

Dalam kenyataan rasmi yang dmuat naik di laman Facebook, Faizznur menafikan dia hanya memberikan RM12,000 daripada RM300,000 wang yang didermakan rakyat Malaysia.

Sebaliknya, Faizznur mendakwa setiap bulan dia memberikan wang kepada kakaknya, Yusnida Husain beserta dokumen yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

Baca: Pecah Amanah – Faizznur Nafi Hanya Beri RM12K

Kami Cuma Nak Tau Mana Duit Derma Tu Lesap? - Netizen

Faizznur turut menjelaskan dia tidak gemar membuka pemasalahan keluarga untuk menjadi tatapan kepada umum, yang mana boleh dikatakan isi kandungan kenyataan yang dimuat naik itu 80 peratus menceritakan perihal keluarganya.

Netizen yang membaca kenyataan media Faizznur kemudian melontarkan komen mengatakan mereka langsung tidak ingin mengetahui permasalahan dalaman di antara keluarga tersebut.

Sebaliknya, yang menjadi pertikaian di kalangan netizen ialah di mana wang derma yang disalurkan kepada dua beradik yatim piatu iaitu Nur Firuza Amira, 8 dan Nur Firuza Aqila; 5, pergi dan menghilang?

Ramai yang mahu tahu apakah jumlah wang yang ada dalam simpanan Faizznur kini sama atau hanya kurang sedikit sahaja berbanding jumlah yang telah didermakan.

Masyarakat juga berulang kali bertanya apakah benar hanya tinggal RM60,000 dalam akaun peribadi Faizznur.

Kami Cuma Nak Tau Mana Duit Derma Tu Lesap? - Netizen

Kami Cuma Nak Tau Mana Duit Derma Tu Lesap? - Netizen

Seorang pengguna Facebook, Kyla Ila menyatakan: “Sekarang ni rakyat malaysia nak tau mane semua duit budak-budak tu..bukan nak tau masalah korang adik-beradik..tunjuk bukti duit tu ada lagi ke tak je..settle masalah semua.”

Sementara itu, Sue Rwan pula berkata: “Dari tadi dok baca, mata still tercarik-cari amount RM300k ermmm tapi just jumpa amount RM12k jew, tak pulak diceritakan ke mana perginya wang sumbangan orang ramai tuh…soalan hal adik beradik takyah terang arr..sendiri settle..terang panjang-panjang buang masa baca…puiiiiiiii…Nak tanya malas nanti for sure dia balas #biarlawyersayayangjawab 😜😜😜.”

Dalam pada itu Iqbal Zainol turut memuat naik komen: “Kami tak nak tau nenek hang kaya ka, mak cik hang jaguh pelari pecut 300 meter berganti-ganti sampai pagi ka..kakak hang ada aset di Kongostan ka..kami cuma nak tau mana duit yang kami derma tu lesap?”

Jika dia dipihak yang benar, mudah sahaja, hanya perlu buktikan kepada orang ramai ke manakah wang berkenaan disalurkan dan kemukakan bukti bagaimana wang derma berjumlah RM300,000 itu hanya tinggal lebih kurang RM60,000 untuk anak-anak mangsa nahas Duke. - MYNEWSHUB.CC



Adik Bongsu Mangsa Nahas DUKE ‘Pecah Amanah’? oleh mynewshub

Tags: DERMANahas Dukepecah amanah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Seorang Maut, 2 Rakan Cedera Kereta Masuk Gaung

Next Post

Kejayaan V Shem-Wee Kiong Satu Titik Permulaan

Related Posts

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

14/05/2025
0

Butterworth: Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini,...

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

05/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus besar anak syarikat Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan...

Next Post

Kejayaan V Shem-Wee Kiong Satu Titik Permulaan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd