• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kad Jatuh Punya Pasal… Bentley Rempuh Medan Selera

oleh AK-47
01/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GARA-GARA cuba ambil kad parkir yang terjatuh, seorang pemilik Bentley tidak sengaja tertekan pedal minyak kereta hingga menyebabkan kenderaannya merempuh sebuah medan selera.

Dalam kejadian kira-kira 10.10 pagi di Menara Millenium, Damansara, pada Jumaat itu, pemandu lelaki berusia 51 tahun berkenaan termasuk pengunjung medan selera bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Shafie Daud berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu terbabit mahu menyentuh kad pada mesin palang tempat letak kereta.

“Bagaimanapun kad berkenaan terjatuh dan sewaktu lelaki berkenaan mahu mengambilnya dia secara tidak sengaja terpijak pedal minyak.

“Kejadian menyebabkan kereta dipandu itu memecut ke hadapan dan melanggar tiga tiang penghadang sebelum merempuh cermin besar serta masuk ke dalam medan selera.

“Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana tidak ramai berada di medan selera berkenaan. Kemalangan itu hanya menyebabkan kerosakan harta benda milik syarikat bangunan berkenaan sahaja,” katanya menerusi satu kenyataan.

Berikutan itu, siasatan lanjut dilakukan mengikut Peraturan 10 LN 166/59 kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bentley
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bentley Continental Disita Dalam Ops Khas Luxury Di Jalan Tun Razak

Bentley Continental Disita Dalam Ops Khas Luxury Di Jalan Tun Razak

10/02/2026
0

KUALA LUMPUR, 10 Februari 2026 – Sebuah kenderaan mewah jenis Bentley Continental disita dalam satu operasi khas dikenali sebagai Ops...

Polis Siasat Bentley Yang Digunakan Untuk Perdaya Mangsa

Polis Siasat Bentley Yang Digunakan Untuk Perdaya Mangsa

19/06/2024
0

Kuala Lumpur : Polis menyiasat penggunaan sebuah Bentley oleh kumpulan didalangi Datuk Seri bagi meyakinkan mangsa untuk melabur dalam pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd