Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Bekas CEO SSM Didakwa...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Zahrah Abd...

Mesyuarat Lancar, Fokus Pelan...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat selama tiga jam bersama pengurusan kanan Felda Global Ventures...

PAS Terengganu Tidak Setuju...

KUALA LUMPUR - PAS tidak bersetuju dengan sebarang usaha untuk mengulingkan kerajaan Terengganu...

Serangan Virus Selesema Burung...

HUNAN - China melaporkan penemuan kes selesema burung di sebuah ladang di bandar...

Johor Catat 16 Kes Keracunan Makanan Di Sekolah

JOHOR BAHRU – Lapan buah kantin sekolah di Johor diarah tutup selepas 16 kes keracunan makanan dikesan di sekolah rendah dan menengah di negeri itu sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.

Exco Kesihatan Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata kes keracunan sejak Januari hingga Ogos lepas itu telah meningkat lebih dua kali ganda berbanding hanya tujuh kes dalam tempoh sama, tahun lepas.

“Peningkatan berlaku kerana kecuaian pihak bertanggungjawab termasuk pengusaha kantin dalam menjaga kebersihan dan kualiti makanan yang disediakan kepada pelajar, “katanya kepada media di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Anugerah Kantin Bersih, Selamat dan Sihat 2016 Peringkat Negeri di Dewan Besar Kompleks Tan Sri Rahmat di sini.

Tahun ini, katanya, terdapat 1,139 buah kantin dan 92 dapur asrama di negeri itu berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan untuk beroperasi menyediakan makanan kepada pelajar sekolah.

Namun, Ayub berkata pemeriksaan oleh Pejabat Kesihatan Daerah terhadap premis dan makanannya disediakan mendapati hanya 309 kantin sekolah mendapat status Gred A (Cemerlang), 592 (Gred B-Sangat Bersih)) dan 175 mendapat Gred C iaitu Bersih.


“Bagi kebersihan dapur asrama pula, 44 buah dpur asrama diberi Gred A, 66 dianugerah Gred B, 12 (Gred C) dan dua dapur lagi diarah tutup – juga kerana kes keracunan makanan,” katanya.

Mengenai anugerah dwitahunan itu, sebanyak 19 penyertaan diterima daripada sekolah rendah luar bandar dan bandar.

Sekolah Kebangsaan Seri Puteri, Batu Pahat, memenangi kategori sekolah luar bandar manakala kategori sekolah rendah bandar dimenangi oleh Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chian Kuo, Tangkak.

Kedua-dua sekolah tersebut akan mewakili Johor pada pertandingan peringkat kebangsaan yang dijadual diadakan pada 18 Okt ini di Shah Alam, Selangor. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori