• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JKM Salur RM3 Juta Hadapi Banjir Di Seluruh Negara

oleh Ahmad Albab
23/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukan RM3 juta sebagai persediaan menghadapi banjir di seluruh negara tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata peruntukan itu meliputi keperluan asas mangsa, penggantian stok barangan yang mempunyai tarikh luput dan pelaksanaan program latihan dan simulasi bencana.

“Antara penambahbaikan yang dilakukan kali ini ialah pusat pemindahan mangsa banjir tidak lagi tertumpu kepada sekolah dan dewan orang ramai sahaja.

“Sebaliknya, JKM telah menyenaraikan 73 pusat pemindahan banjir yang berkapasiti besar selain 2,131 sekolah dan 3,004 dewan orang ramai, balai raya dan pusat komuniti yang mampu menampung hampir 1.56 juta mangsa pada satu-satu masa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2016 yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata stok dan keperluan makanan telah disimpan di lima depoh di seluruh negara iaitu di Bedong (Kedah), Sungai Buloh (Selangor), Kemumin (Kelantan), Marang  (Terengganu) dan Muar (Johor).

“JKM juga sudah mewujudkan 96 stor bencana dan 569 pengkalan hadapan untuk menyimpan barangan keperluan mangsa di lokasi yang strategik. Malah, JKM juga telah mengenal pasti beberapa pembekal besar di setiap negeri seperti Tesco dan Mydin untuk membantu sekiranya stok keperluan sedia ada tidak mencukupi.

“Paling penting dan perlu diberi tumpuan ialah pengisian kerohanian iaitu kaunseling kepada mangsa banjir kerana mereka ini trauma, sedih dan bimbang kerana terpaksa berpindah dari rumah.

“Ini perlu diberi perhatian terutama kepada kanak-kanak, pesakit terlantar dan wanita. Setakat ini kita mempunyai 183 kaunselor di seluruh negara namun jumlah itu masih belum mencukupi.

“Oleh itu, kita akan gerakkan lebih ramai sukarelawan dari Komuniti Perwani 1Malaysia untuk membantu memberi khidmat kaunseling kepada mangsa banjir,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirRohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Prihatin Keperluan Perumahan Rakyat – JCORP

Next Post

Kantoi Rogol Budak Lepas Derma Beg Ke Pusat Kebajikan

Related Posts

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

25/03/2025
0

JOHOR BAHRU: "Nyawa lebih penting daripada barang. Kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi?," kata Mohd Afiq Yuzaini yang menggunakan...

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

01/02/2025
0

KUCHING - Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi...

Next Post

Kantoi Rogol Budak Lepas Derma Beg Ke Pusat Kebajikan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd