• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jet Pejuang Israel Terhempas, Juruterbang Maut

oleh AK-47
07/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEL AVIV –  Sebuah pejuang tentera udara rejim Israel dilaporkan terhempas tanpa sebab jelas menyebabkan seorang juruterbangnya maut di selatan Israel, petang Rabu.

Juruterbang yang terkorban dikenal pasti sebagai Ohad Cohen dari kem pangkalan udara Ramon, berdekatan dengan Beersheba, bandar raya kedua terbesar di Israel selepas ibu kota Tel Aviv.

Jet penggempur jenis F-16I milik Pasukan Pertahanan Israel (IDF) itu dipercayai terbakar selepas melakukan serangan udara secara ganas ke atas penduduk awam di Semenanjung Gaza.

Kem Ramon menempatkan kira-kira 100 buah jet F-16I manakala secara keseluruhan IDF memiliki lebih 400 buah jet tempur pelbagai model keluaran Amerika Syarikat di 11 pangkalan seluruh Israel.

Siasatan lanjut masih dijalankan pihak berkaitan untuk menyiasat punca kejadian. Secara kebetulan ia terhempas ketika IDF menawan sebuah kapal misi kemanusiaan ke Gaza, Zaytouna Oliva.

Kapal kecil berkenaan turut dinaiki seorang aktivis warga Malaysia, Dr. Fauziah Mohd. Hassan bersama-sama dengan 12 sukarelawan lain dari seluruh dunia. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Israel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

23/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PARIS – Kerajaan Perancis secara rasmi mengharamkan Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir daripada memasuki wilayah negara itu...

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd