• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Penceramah Dikebumikan Di Gombak

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jenazah Allahyarham Ustaz Syed Mohd Fadzli Syed Ahmad Al-Yamani yang meninggal dunia di Guangzhou, China pada 27 Sept lepas akibat serangan jantung selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudatus Sakinah, Taman Bt Muda, Gombak di sini, hari ini.

Jenazah Syed Mohd Fadzli, 49, dikebumikan pada pukul 10.50 pagi selepas selesai solat jenazah yang diimamkan anaknya, Mohamad Abdul Rahman, 20, di Masjid Jamek, Kampung Baru di sini.

Ratusan orang hadir di Tanah Perkuburan Islam itu bagi memberikan penghormatan terakhir kepada penceramah mingguan di radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu.

Terdahulu, jenazah Syed Mohd Fadzli tiba di Kompleks Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Guangzhou, China kira-kira pukul 12.10 tengah malam tadi.

Anak keduanya, Mohd Haidar, 18, berterima kasih kepada semua pihak yang membantu melancarkan majlis pengebumian jenazah bapanya itu.

“Alhamdulilah semua berjalan lancar dan terima kasih kepada semua yang membantu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Allahyarham meninggalkan empat isteri dan 17 orang anak masing-masing berusia antara dua bulan hingga 20 tahun.

Sementara itu, adik iparnya Mohd Suhai Abdul Hamid, 34, menyifatkan pemergian Allahyarham Syed Mohd Fadzli merupakan satu kehilangan besar buat masyarakat.

“Meskipun sakit batu karang tetapi Allahyarham cuba gagahkan diri untuk memberi ceramah dan berdakwah, ini menunjukkan beliau seorang yang hebat,” katanya.

Mohd Suhai berkata kali terakhir beliau bertemu abang iparnya itu ialah pada Aidiladha lepas.

“Allahyarham tidak banyak bercakap sebaliknya ada mengajak kami semua untuk bercuti di Melaka. Semua orang senang dengan peribadi dan perwatakan Allahyarham,” katanya. – BERNAMA

Tags: meninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Hasmah Mohd Ali meninggal dunia hari...

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

29/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers, Johari Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey, 63, meninggal dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd