• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jari Dalam Mulut Senduk Hitam

oleh Ahmad Albab
05/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Seorang bayi lelaki berusia setahun enam bulan nyaris maut apabila digigit ular senduk ketika tidur di Kampung Gong Kulim, Semerak di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 petang, mangsa, Mohamad Muaz Fitri Mat Khaizuan bagaimanapun sempat dikejarkan ke Hospital Tengku Anis (HTA), di sini sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu dan kini dilaporkan stabil.

Menceritakan detik cemas itu, ibu mangsa, Nur Farah Wahidah Ramli, 27, berkata, ketika kejadian anaknya tidur sendirian dalam bilik di kedai runcit miliknya sementara dia menidurkan seorang lagi anaknya juga kembar Mohamad Muaz, Muiz Fitri yang demam di luar bilik berkenaan.

Tiba-tiba, dia dikejutkan dengan tangisan kuat Mohamad Muaz sebelum bergegas ke bilik dan melihat jari telunjuk kanan anaknya berada di dalam mulut ular senduk hitam sepanjang setengah meter.

“Tanpa mempedulikan keselamatan diri, saya terus merentap dan menepis kepala ular senduk itu sekuat hati sehingga terpelanting dan hilang melarikan diri.

“Suami yang masuk terus menyedut bisa pada jari Mohamad Muaz yang sudah mula bertukar kebiruan sementara saya mengikat lengan anak dengan kain bagi mengelak bisa itu terus merebak.

“Melihat keadaan Mohamad Muaz yang terus menangis kesakitan, kami membawanya ke HTA untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Kecemasan dan Trauma, di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, datuk bayi berkenaan, Ramli Mustapha, 54, berkata, ketika kejadian dia membina rumah sebelum dihubungi isterinya, Nor Azhar Mohamad, 53, memaklumkan cucu mereka dipatuk ular.

“Bimbangkan keselamatan kedua-dua cucu kami, saya berusaha mencari ular berkenaan sebelum menemuinya bersembunyi di celah kotak, berhampiran tempat tidur Mohamad Muaz.

“Saya memukulnya hingga mati sebelum diminta oleh menantu, Mat Khaizuan yang membawa reptilia itu ke hospital bagi memudahkan doktor mengenal pasti jenis serta spesiesnya,” katanya. – myMetro Online

Tags: bayiular tedung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd