• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jambatan Gantung Di Bali Runtuh, Lebih 10 Maut

oleh Ahmad Albab
18/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Sebuah jambatan gantung yang dikenali sebagai Jambatan Kuning di Bali runtuh malam tadi dan lebih 10 orang dipercayai maut manakala 30 orang disahkan cedera parah.

Jambatan yang menjadi satu daripada daya tarikan pelancong itu menghubungkan Pulau Nusa Ceningan dan Nusa Penida iaitu pulau-pulau kecil di sekitar Bali.

Media-media dalam talian memetik Ketua Pusat Data, Informasi Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho sebagai berkata, jambatan gantung itu terputus akibat lebih muatan kerana ramai penduduk sibuk melintasi jambatan pada waktu itu.

Katanya, ketika kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, ramai penduduk sedang melakukan upacara keagamaan di Pura Bakung Ceningan bagi menyambut Hari Nyepi Segara dan mereka tidak menjalankan sebarang aktiviti laut.

Jambatan sepanjang 150 meter dengan kelebaran 1.5 meter itu berada pada ketinggian kira-kira lima meter dari perairan laut yang memisahkan dua pulau berkenaan dan ketika kejadian, air laut dilaporkan surut.

Jambatan Gantung Di Bali Runtuh, Lebih 10 Dipercayai Maut

Sutopo berkata setakat ini, sebanyak sembilan mayat telah ditemukan dan operasi mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan pada pukul 8 malam tadi kerana keadaan gelap dan disambung semula 6 pagi ini.

Katanya, sebanyak 34 mangsa yang mengalami kecederaan telah dibawa ke Pusat Kesihatan Masyarakat berhampiran.

“Berdasarkan laporan awal, semua korban adalah masyarakat tempatan, tidak ada warga asing,” katanya.

Titi kayu jambatan yang dibina pada tahun 1990-an itu sebelum ini dikatakan mengalami kerosakan dan penduduk tempatan telah meletakkan papan tanda amaran mengenai kerosakan itu.

Seorang saksi berkata ketika kejadian terdapat kira-kira 100 orang sedang melintasi jambatan itu dan ia dilihat bergoyang-goyang sebelum kabel penggantungnya terputus.

“Ramai yang terjatuh ke dalam laut termasuk kanak-kanak dan ada juga yang sempat berenang dan terselamat,” katanya. – BERNAMA

Tags: jambatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunggul Kayu Hentam Jambatan Padang Tengku, JKR Sahkan Struktur Selamat Dilalui

Tunggul Kayu Hentam Jambatan Padang Tengku, JKR Sahkan Struktur Selamat Dilalui

10/01/2026
0

LIPIS: Jabatan Kerja Raya (JKR) Lipis mengesahkan Jambatan Padang Tengku di Seksyen 112.20, Jalan Lipis–Gua Musang (FT008) selamat dan boleh...

Sebahagian Jambatan Hongqi di Provinsi Sichuan, China Runtuh Menjadi Debu

Sebahagian Jambatan Hongqi di Provinsi Sichuan, China Runtuh Menjadi Debu

12/11/2025
0

Oleh Mynewshub  Maerkang, Provinsi Sichuan (11 November 2025) – Sebahagian daripada Jambatan Hongqi sepanjang kira-kira 758 meter di provinsi barat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd