• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Buru Sindiket Bawa Masuk Warga Asing

oleh
24/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen sedang memburu ejen atau sindiket terbabit dalam menyeludup masuk dan keluar warga asing melalui pintu masuk utama negara seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata pihaknya akan mendapatkan kerjasama pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengesan ejen dan dalang di sebalik aktiviti tersebut.

“Kegiatan penyeludupan itu wujud kerana ada permintaan dan penawaran. Malah, saya sendiri telah menemui pihak polis dan pihak berkuasa lain bagi memastikan pembolosan tidak berlaku,” katanya kepada Bernama semalam.

Beliau mengulas laporan media bahawa sekumpulan pegawai imigresen sanggup menjadi pengkhianat apabila menerima upah antara RM200 hingga RM2,500 bagi memudahkan laluan keluar masuk warga asing dari pelbagai negara berjumlah lebih 16,000 orang.

Hasil kegiatan sejak 2014 itu, kumpulan pegawai penguatkuasa berkenaan sudah mengumpul pendapatan sampingan kira-kira RM18 juta.

Datuk Seri Mustafar menegaskan kakitangan imigresen yang bersekongkol dengan sindiket atau ejen pemerdagangan manusia akan dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang atau digantung kerja.

“Sebagai pegawai penguatkuasa, pegawai imigresen perlu bertindak secara profesional dan berintegriti.

“Jika pelancong atau warga asing tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan, pegawai imigresen tidak boleh benarkan mereka masuk dan segera ambil tindakan… jangan juga ambil rasuah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya juga mengkaji prosedur operasi standard (SOP) di pintu masuk negara ketika ini bagi tujuan penambahbaikan.

“Kita akan lihat jika ada kelemahan dalam SOP sedia ada sama ada ia membuka peluang kepada rasuah atau penyelewangan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Imigresensindiketwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd