• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Bunuh, Kerat Bayi Sendiri

oleh Ahmad Albab
04/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Seorang wanita yang dipercayai mengalami masalah mental bertindak kejam apabila membunuh sebelum memotong bayi lelakinya yang baru berusia setahun kelmarin.

Dalam kejadian di sebuah rumah di Gang Jaya 24, Tegal Alur, Cengkareng, Jakarta Barat itu, seorang lagi anak perempuan suspek yang berusia dua tahun cedera akibat dikelar.

Jurucakap Metro Jaya, Awi Setiyono berkata, ketika kejadian suami suspek, Aipda Dedi yang juga anggota polis baru pulang ke rumahnya kira-kira jam 8 malam (waktu tempatan).

Katanya, Aipda pada mulanya dapati pintu rumahnya terkunci dan tidak lama selepas itu dia mendengar suara anak perempuannya menangis dengan kuat.

“Aipda terus menendang pintu lalu bergegas masuk ke dalam rumah dan melihat anak sulungnya cedera di telinga.

“Dia kemudian terkejut apabila melihat satu pinggan di lantai yang mengandungi anggota badan bayinya yang dipotong-potong,” katanya.

Ujarnya, isteri Aipda yang berusia 28 tahun ditemui berdiri dalam keadaan bogel dan berlumuran darah di penjuru katil.

“Wanita ini hanya menggelengkan kepala dan diam ketika ditahan polis,” jelasnya.

Menurutnya, daripada keterangan Aipda, isterinya dilihat berkelakuan pelik dan sering bercakap seorang diri beberapa minggu sebelum kejadian itu. – Agensi/myMetro Online

Tags: bayikes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd