• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nur Shakinah: Mahu Jumpa JPA Bincang Status Pengajian

oleh Ahmad Albab
11/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Ibu bapa kepada pelajar Malaysia yang dilapor hilang di Paris sebelum ini Nur Shakinah Naim, 19, mahu bertemu dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi membincangkan status pengajiannya.

Bapanya Naim Awang, 46, berkata pertemuan dengan penaja anaknya itu juga bertujuan mencari universiti tempatan yang sesuai untuk anaknya bagi meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan.

“Alhamdulillah kami selamat sampai bersama Nur Shakinah ke tanah air, namun buat masa ini dia tinggal di rumah saudara kami buat sementara waktu bagi memberi ruang kepadanya untuk menenangkan fikiran,” katanya kepada Bernama.

Naim dan isterinya Nor Halizah Ahmad, 43, kembali ke Malaysia pada Jumaat lalu setelah hampir seminggu berada di Paris untuk bertemu dan membawa Nur Shakinah pulang.

Kehilangan pelajar itu sejak 23 Sept lepas dilaporkan oleh teman serumahnya, bagaimanapun dia ditemui selamat pada 29 Sept lalu.

Difahamkan Nur Shakinah menghilangkan diri kerana tertekan dengan pengajiannya.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula jaya, Takim Batu, Kedah ini melanjutkan pengajian ke Universitaire de Technologie (IUT), Rouen, Perancis atas tajaan JPA.

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sebelum ini dilapor sebagai bersedia untuk menawarkan tempat kepada Nur Shakinah. – BERNAMA

Tags: JPANurshakinah Naim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Had Umur Persaraan Wajib: JPA Akan Laksana Kajian

Had Umur Persaraan Wajib: JPA Akan Laksana Kajian

06/08/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan kajian had umur persaraan wajib untuk disesuaikan dengan peralihan kepada negara tua. Ketua Setiausaha Negara, Tan...

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

07/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyemak Perintah Am berkaitan cuti bersalin bagi penjawat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd