• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hotel Bajet Di Seremban Didakwa Curi Air

oleh Ahmad Albab
20/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sebuah hotel bajet di Jalan Tuanku Hassan di sini, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas tuduhan membuat penyambungan bekalan air tanpa kebenaran ke suatu paip utama awam milik Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains).

Wakil Happy Hotel, Chong Hoon Wai mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim N. Karageswari.

Berdasarkan fakta kes, pada 24 Jan 2011, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) telah menerima aduan daripada Sains yang merupakan pemegang lesen bekalan air awam di Negeri Sembilan, bahawa berlakunya perbuatan penyambungan paip bekalan air tanpa kebenaran ke suatu sesalur utama awam oleh pihak selain pemegang lesen di sebuah premis di Hotel Happy.

Hasil pemeriksaan pada hari berikutnya mendapati penyambungan air secara haram itu dilakukan tanpa melalui apa-apa meter air sah di premis berkenaan.

Pemeriksaan juga mendapati sambungan air berkenaan menggunakan ‘ferrule’ bersaiz 20mm yang kemudiannya disambungkan ke satu paip jenis poly bersaiz 20mm terus ke tangki simpanan air yang berada di bahagian atas premis tersebut.

Siasatan menunjukkan pihak Happy Hotel Sdn Bhd telah menyalahi undang-undang membuat penyambungan air tanpa kebenaran ke suatu sesalur utama awam tanpa kebenaran pemegang lesen bekalan air Negeri Sembilan iaitu pihak Sains yang mana penyambungan air ini tanpa melalui apa-apa meter air yang sah dan merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 123 (1) (a)Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM100,00 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali, boleh dikenakan.

Tertuduh tidak diwakili peguam dan pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPAN Mohd Helmy Razelan.

Mahkamah menetapkan 10 Nov depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: hotelSains
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

AMMD: TPM Zahid Beri Komitmen Penuh

Next Post

8 Tol LDP, SDE Laksana Sistem Kutipan Tol Elektronik Mulai 9 Nov

Related Posts

Ikrar Bawa Tanglung Rupanya Seludup Rokok, Arak Bernilai RM9 Juta

Remaja Tidur Di Hotel 6 Hari, Sebelum Berjaya Larikan Diri

18/01/2024
0

Hulu Selangor: Remaja lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang dari surau perumahan Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, di sini...

Empat ‘Superman’ LPT1 Didakwa Di Mahkamah

Pemandu Lori Didakwa Rogol Anak Di Hotel

29/12/2023
0

BUTTERWORTH: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuannya yang berusia 14...

Next Post

8 Tol LDP, SDE Laksana Sistem Kutipan Tol Elektronik Mulai 9 Nov

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd