• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Himpunan Haram: S/U Pengelola PKR Perak Didakwa Lagi

oleh
17/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Setiausaha Pengelola Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Mohammad Anuar Zakaria hari ini sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menganjurkan perhimpunan haram tiga tahun lalu.

Mohammad Anuar, 49, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin.

Bekas Setiausaha PKR Perak itu didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana tidak memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Ipoh dalam tempoh 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan pada 12 Mei 2013 di hadapan pejabat PKR, No 10, Jalan Medan Istana di sini kira-kira pukul 7.30 malam.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) Akta yang sama iaitu denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.

Ikmal Hishan menetapkan 18 Nov ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab manakala tertuduh diwakili peguam Khairul Anuar Musa dan Madhi Hasan.

Sebelum ini, Mohammad Anuar didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 27 Mei 2013 atas tuduhan sama dan pada 28 April 2014, permohonan supaya pertuduhan terhadap beliau digugurkan serta beliau dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan itu ditolak oleh mahkamah.

Pada 16 Mei 2014, Mahkamah Sesyen Ipoh melepaskan tanpa membebaskan beliau daripada tuduhan menganjurkan perhimpunan awam tanpa notis.

Hakim Rushan Lufti Mohd dalam penghakimannya ketika itu berkata keputusan tersebut dibuat kerana terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang menyatakan syarat notis 10 hari mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai bertentangan dengan Perlembagaan.

Jumaat lalu, Anggota Parlimen Ipoh Timur Thomas Su Keong Siong, 50, didakwa di mahkamah sama atas tuduhan menganjurkan perhimpunan haram pada 9 Mei 2013. – BERNAMA

Tags: Himpunan haramMohammad Anuar Zakaria
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

7 Remaja Ditahan Cuba Sertai Himpunan Haram

26/02/2017
0

JOHOR BAHRU - Tujuh remaja lelaki ditahan kerana disyaki cuba menyertai perhimpunan haram yang dijadual diadakan di Dataran Bandaraya Johor...

Peserta #Tangkap MO1 Biadap, Cetus Provokasi

29/08/2016
0

KUALA LUMPUR - Penganjur dan peserta perhimpunan haram #Tangkap MO1 yang diadakan di Dataran Merdeka, petang Sabtu nyata melanggar syarat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd