• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Henti Sebar… Itu Bukan Rakaman CCTV Tragedi HSA

oleh AK-47
26/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELUM reda lagi kesedihan rakyat negara ini dengan tragedi kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, sudah ada video kononnya rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam wad Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum kejadian berlaku pagi semalam.

Video yang dimuat naik netizen melalui akaun Facebook, Fauziyahh Fauziyahh semalam dengan kapsyen mendakwa video berkenaan adalah rakaman CCTV di dalam wad ICU yang memaparkan kejadian sebenar punca kebakaran.

Dalam video yang berdurasi 30 saat itu memaparkan seorang lelaki mencurahkan petrol kepada seorang pesakit yang sedang mendapatkan rawatan sebelum menyalakan api dan menyebabkan kebakaran dalam bilik berkenaan.

Henti Sebar...Itu Bukan Rakaman CCTV Tragedi HSA

Selepas penyebaran video berkenaan dalam media sosial, netizen terus mengkritik tindakan wanita yang memuat naik video itu semalam susulan mengaitkan video tersebut dengan tragedi kebakaran di HSA.

“Tulis di sini rakaman CCTV hospital terbakar… dah tentu kita digemparkan dengan HSA terbakar… apalah janganlah nak bagi video cam ni bagilah waktu lain,” tulis Osyien Cun dalam Facebook.

Bagaimapun, video yang dimuat naik sudah dipadam wanita berkenaan selepas dikecam hebat oleh netizen dan mengakui rakaman tersebut tiada kaitan dengan tragedi di HSA.

Wanita tersebut dalam kapsyennya mendakwa rakaman video tersebut diperoleh daripada rakan dan tidak menyedari tarikh di dalam video itu kerana ianya terjadi pada 25 Julai lalu.

“Maaf ya semua yang komen, saya dapat video ini dari kawan semalam mengatakan kes ini berlaku di HSA. Pas (lepas) tengok tarikh baru tau kes bukan berlaku di HSA, terpaksa edit balik, maaf ye semua,” tulisnya.

Pemerhatian Mynewshub mendapati posting tersebut sudah dipadam wanita tersebut dan tidak boleh diakses lagi.

Video yang dimuat naik oleh wanita tersebut adalah kejadian yang berlaku di sebuah bilik di Hospital Tirana, Albania yang mengorbankan tiga mangsa.

Sejak kejadian kebakaran di HSA semalam, pelbagai berita palsu yang timbul termasuk angka kematian korban, punca kejadian dan keadaan mangsa yang berjaya diselamatkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dalam sidang medianya semalam turut menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, kementerian masih menunggu laporan rasmi daripada agensi yang terlibat sebelum tindakan susulan dilakukan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Hospital Sultanah Aminah (HSA)kebakaranNetizenSPEKULASI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd