• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Helikopter Nuri TUDM Masih Selamat Digunakan

oleh AK-47
06/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Insiden helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendarat cemas di Sekolah Menengah Kebangsaan Balung di sini semalam tidak menjejaskan penggunaan pesawat itu.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Johari Baharum berkata helikopter Nuri yang digunakan TUDM masih dalam keadaan baik dan boleh terus digunakan.

Katanya tiada masalah berhubung jangka hayat helikopter Nuri milik TUDM itu disebabkan ia diselenggara dengan baik oleh pihak yang dipertanggungjawabkan.

“Helikopter Nuri TUDM mempunyai rekod cemerlang tetapi berlaku juga kemalangan. Faktor helikopter baharu dan lama bukan menjadi ukuran dalam kemalangan membabitkan pesawat,” katanya ketika ditemui pemberita ketika melawat lokasi insiden helkopter Nuri mendarat cemas di SMK Balung, di sini hari ini.

Beliau meluangkan masa sejam melawat lokasi kejadian bagi melihat sendiri badan pesawat dan bangunan sekolah yang mengalami kerosakan.

Hadir sama, Timbalan Panglima TUDM, Leftenan Jeneral Datuk Seri Affendi Buang dan Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Kementerian Pertahanan, Datuk Mohammad Foad Abdullah.

Johari berkata laporan awal siasatan insiden itu akan disiapkan lembaga siasatan dalam tempoh sebulan.

Menurutnya ia termasuk mengenal pasti punca insiden itu sama ada disebabkan masalah teknikal dan kecuaian manusia.

Beliau berkata jangka hayat helikopter Nuri TUDM bukan menjadi faktor bagi menentukan ia boleh digunakan atau tidak.

Katanya Kementerian Pertahanan ada membeli 12 Eurocopter EC725 tetapi tidak boleh digunakan kerana semua perkhidmatannya digantung disebabkan berlaku kemalangan membabitkan pesawat sama di Norway.

Dalam kejadian semalam, sebuah helikopter Nuri TUDM mendarat cemas di bumbung dewan terbuka di SMK Balung menyebabkan 22 orang cedera iaitu 13 anggota TUDM, lapan pelajar dan pekerja pembersihan SMK Balung. – BERNAMA

Tags: helikopternahas helikopter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Tiga Anggota Tentera Cedera, Helikopter Mendarat Cemas

Tiga Anggota Tentera Cedera, Helikopter Mendarat Cemas

28/06/2024
0

KLUANG - Seorang pegawai dan dua anggota Tentera Darat Malaysia (ATM) mengalami patah tulang belakang selain luka-luka di bahagian anggota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd