• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasil Sawit Dijangka Normal Pada 2018, Kata Pakar Industri

oleh AK-47
13/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Industri kelapa sawit perlu menunggu sehingga 2018 untuk melihat hasil kembali normal selepas terjejas teruk akibat kemarau berpanjangan disebabkan fenomena El Nino.

Penganalisis utama industri, Thomas Mielke berkata tahun ini, hasil kelapa sawit di Malaysia dijangka susut 10 peratus kepada 17.8 juta tan metrik dan empat peratus di Indonesia kepada 32.2 juta tan metrik.

“Hasil kelapa sawit dijangka pulih di Malaysia dan Indonesia pada tahun depan, tetapi tidak banyak. Kemungkinan besar, kita akan menyaksikan hasil kembali normal pada 2018,” katanya pada Seminar dan Pameran Perdagangan Minyak Sawit Malaysia di sini hari ini.

Mielke yang juga Pengarah Eksekutif ISTA Mielke GmbH berkata minyak sawit kini di bawah nilai dan meramalkan harga mungkin naik tidak lama lagi dan buat sementara waktu mencecah RM2,900 dan RM3,000 setan metrik.

Beliau berkata kenaikan harga berkenaan disebabkan stok sawit yang rendah serta bekalan eksport dan pemulihan pengeluaran yang lebih perlahan daripada jangkaan.

Semalam, harga minyak sawit mentah bulan semerta meningkat RM20 semasa ditutup kepada RM2,670 setan metrik, manakala penanda aras Disember 2016 naik RM42 kepada RM2,653 setan metrik. – BERNAMA

Tags: kelapa sawit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akauntan Antara 6 Wanita Dikait Dengan ‘Hot Daddy’ Didakwa Miliki Video Lucah

Remaja Curi 14 Tandan Kelapa Sawit, Sumbat Dalam Kancil

31/01/2024
0

HULU TERENGGANU - Tindakan seorang remaja lelaki mencuri buah kelapa sawit menggunakan kereta jenis Perodua Kancil tidak kesampaian apabila ditahan...

Buruh Paksa Bukan Lagi Isu Sawit Negara Ini

22/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Amalan buruh paksa bukan lagi isu di negara ini, berikutan tindakan kerajaan melaksanakan pelbagai langkah menanganinya, termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd