ITUÂ reaksi ketika menonton perlawanan persahabatan di tempat lawan menentang Singapura di Stadium Nasional malam tadi.
Skuad Harimau Malaysia masih skuad cap ayam. Maruah pasukan kebangsaan diselamatkan kecekapan penjaga gol Khairulazhan Khalid.
Itu belum dikira, dua kali palang gol menyelamatkan maruah Malaysia.
Malah, Menteri Belia dan Sukan, Khairi Jamaluddin Abu Bakar juga memberikan komen yang sama: “Malaysia mencapai keputusan seri 0-0 disebabkan penjaga gol beraksi cemerlang.”
Dua perlawanan persahabatan Kelas A dalam tempoh sebulan amat penting untuk ranking.
Lebih penting untuk Datuk Lim Kim Swee kerana ranking 140 adalah sasaran KPI jurulatih.
Cuma dengan aksi hambar kalah 0-3 dengan Indonesia pada 6 September lalu, serta malam tadi dengan corak permainan terpaksa bertahan dalam kawasan sendiri hampir sepanjang 90 minit, menjadikan status Harimau Malaysia terlihat betul-betul berkelas ayam.
Banyak yang perlu dilakukan untuk keluar dari zon cap ayam. Langkah bertukar-tukar pemain yang pelbagai nampaknya tidak mengubah keadaan.
Kim Swee macam Chef yang teraba-teraba mencari ramuan.
Apa pun bagi FAM, Kim Swee sudah siap sedia dijadikan kambing hitam. Senario yang boleh dijangka.
Kalau gagal ke Sukan Asia 2018, nama jurulatih akan dipersalahkan.
11 November Harimau Malaysia akan beraksi di laman sendiri menentang Afghanistan.
Kalau Harimau Malaysia masih teraba-raba dan skuad utama masih gagal dikenalpasti, kita hanya akan menghantar skuad ayam yang hanya mampu berkokok pada Piala AFF nanti.
Pemimpin FAM pula akan terus goyang telur dan makan angin.
Kalah atau menang, Kim Swee sudah disediakan sebagai korban sembelihan untuk alasan.
Barisan Exco yang langsung tak membawa kemajuan ini, malah langsung tak cerdik bola sepak, akan tetap kekal di kerusinya.
Aduh! Betapa punya bangang daaa… bola sepak kita! – MYNEWSHUB.CC

