• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hajat Azrel Berlakon Dengan ‘Kembar’ Remy Ishak Tercapai

oleh Ahmad Albab
21/10/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Azrel Ismail tidak menyangka impiannya untuk berlakon di samping Remy Ishak tercapai apabila mereka digandingkan dalam filem terbaharu arahan Kabir Bhatia berjudul Pulang.

Azrel, 30, berkata, dia teruja akhirnya dapat bertemu dengan Remy kerana sebelum ini tidak pernah bertentang mata walaupun sering kali wajahnya dikatakan mempunyai iras aktor terkenal itu.

“Apabila saya diberitahu Remy juga turut berlakon dalam filem itu saya sangat teruja bukan kerana wajah saya yang dikatakan miripnya tetapi memang saya meminatinya.

“Jujur saya tidak pernah bertemu dengannya sebelum ini dan peluang bergandingan dengannya adalah satu memori indah dalam karier saya,” katanya kepada mStar Online.

Bercakap lanjut mengenai filem Pulang, Azrel berkata, dia memegang peranan sebagai anak kepada Remy dan memberitahu senang bekerjasama dengan aktor berkenaan.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan mungkin kerana wajah kami yang dikatakan ada iras membuatkan pengarah mengandingkan kami sebagai anak dan bapa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azrel berkata, dia berharap pemilihannya sebagai hos bersama Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) pada 18 November depan dapat membuka ruang lebih besar kepadanya dalam bidang pengacaraan selepas ini.

Jelas Azrel, selain lakonan dia meminati cabang seni tersebut dan ingin lebih serius menjadi pengacara pada masa hadapan.

“Pertama kali saya diberi kepercayaan mengacara menerusi program Bila Bujang Masuk Dapur untuk stesen TV9 bersama Nadzmi Adhwa pada Ramadan lalu.

“Kini saya sedang menyiapkan program berbentuk majalah iaitu Maskulin yang memfokuskan kepada golongan lelaki

Remy Ishak.
Remy Ishak.

“Diharap kemunculan sebagai hos bersama ASK2016 bersama Alif Satar dapat membuka lebih banyak ruang kepada saya selepas ini,” ujarnya.

Sementara itu, Azrel berkata, pengalaman bergelar eksekutif pemasaran sebelum bergelar pelakon banyak membantunya membina keyakinan ketika berkomunikasi dihadapan orang ramai.

“Kalau tiada keyakinan sukar juga sebenarnya untuk menjadi pengacara tambahan pula jika tiada pengalaman. Alhamdulillah pengalaman bekerja dalam bidang pemasaran banyak bantu membina keyakinan kalau tidak takut juga saya untuk berdiri di pentas ASK nanti,” ujarnya. – mStar Online

Tags: azrel ismailRemy Ishak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Apple Watch Series 2 Mula Ditawarkan Hari ini

Next Post

Pakistan Haramkan Kandungan Radio, TV India

Related Posts

Remy Ishak Mengaku Alami Depresi, Sedang Berubat

18/10/2019
0

SIAPA sangka, pelakon popular Remy Ishak mengaku mempunyai masalah depresi sehingga menyebabkan beliau enggan keluar dari rumah. Pelakon utama filem Sangkar itu...

Remy Ishak Dedah Sudah Putus Tunang

20/03/2019
0

PELAKON Remy Ishak mendedahkan dia dan tunangnya, Ezza Yusof sudah memutuskan tali pertunangan sejak sebulan lalu. Tidak mahu terlalu memperincikan...

Next Post

Pakistan Haramkan Kandungan Radio, TV India

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd