Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Skuad B-23 Raih Pengalaman...

SEPANG - Walaupun gagal melangkah ke pusingan suku akhir, Ketua Jurulatih Skuad Bawah...

Miliki Tiga MyKad, Lelaki...

KANGAR: Padah memiliki tiga kad pengenalan (MyKad) seorang lelaki direman dua hari.Perintah reman...

Muktamar PAS: Nik Abduh...

BEBERAPA persoalan dan teka-teki dalam sesi pemilihan kepimpinan Pemuda PAS akhirnya terjawab apabila...

Lelaki Dipenjara 70 Tahun,...

RASAKAN, mereputlah dalam penjara. Seorang lelaki telah dihukum penjara 70 tahun atas dosanya...

GOWU Portal Lancar Aplikasi Jual Beli Hartanah

KUALA LUMPUR – Platform perniagaan hartanah dalam talian, GOWU Portal Sdn Bhd, melancarkan aplikasi mudah alih dikenali sebagai ‘GOWU’, untuk memudahkan penjualan dan pembelian hartanah di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kenneth Gan berkata ‘GOWU’, merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, menghimpunkan pembeli, pelabur, ejen, agensi dan pemaju hartanah di bawah satu bumbung.

“Aplikasi itu bukan hanya dapat menjimatkan masa pihak berkenaan malah menjamin persekitaran selamat untuk semua pembayaran dilakukan melalui aplikasi ini.

“Justeru itu, kami bekerjasama dengan rakan kongsi yang pakar meliputi bidang perundangan, kewangan dan industri hartanah untuk mencapai sinergi serta keberkesanan optimum sepanjang proses penjualan dan pembelian,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran ‘GOWU’ di sini, hari ini.


Bagi melangkah maju, syarikat itu merancang untuk meningkatkan rangkaian perkhidmatan termasuk pengurusan aset, penyedia penyelenggaraan dan perkhidmatan ubah suai kediaman, kata Gan.

‘GOWU’ boleh dimuat turun secara percuma melalui Apple Apps Store dan Google Play. – BERNAMA

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori