• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gelombang Kedua Air Pasang Besar Diramal Bulan Depan

oleh Ahmad Albab
19/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan fenomena air pasang besar gelombang kedua dijangka melanda negara ini antara 13 hingga 17 Nov depan, kata Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Datuk Zaitun Ab Samad.

Beliau berkata paras kenaikan air pada gelombang kedua berkenaan dijangka tidak setinggi gelombang pertama yang sedang berlaku antara 16 Okt hingga hari ini namun ramalan berkenaan tidak boleh dipandang mudah.

“Kesedaran dan langkah awal masyarakat untuk berpindah lebih awal di pusat pemindahan sekiranya diminta pihak berkuasa adalah penting untuk memastikan keselamatan nyawa mereka dan keluarga terjamin.

“Jangan sayangkan rumah kita kerana nyawa lebih berharga dan tiada nilainya. Saya faham terdapat juga masyarakat enggan berpindah awal sebaik arahan pemindahan dikeluarkan dan kelewatan berbuat demikian akan mengundang pelbagai masalah,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau berkata Nadma akan mengkoordinasikan tugas dan peranan semua pasukan penyelamat di bawahnya seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia dan Rela bagi memastikan kelancaran pemantauan dan bantuan dapat disalurkan dalam tempoh fenomena berkenaan.

Katanya semua agensi berkenaan juga akan menjalankan pemantauan selama 24 jam di semua kawasan berisiko yang berpotensi mengalami kejadian berkenaan agar tindakan segera dapat diambil.

Sementara itu, Zaitun berkata masyarakat yang tinggal di kawasan berisiko mengalami fenomena berkenaan diingatkan supaya memastikan semua dokumen penting disimpan dalam satu fail kalis air agar tidak rosak sekiranya banjir berlaku dan bekalan elektrik di rumah mereka diputuskan.

Beliau berkata apabila fenomena berkenaan berakhir dan banjir di kawasan rumah mereka surut, mereka diingatkan supaya membersihkan rumah terlebih dahulu dan memastikan tiada haiwan berbisa seperti ular di dalam rumah mereka.

Dalam pada itu, katanya MetMalaysia juga meramalkan musim tengkujuh dijangka berlaku pada November depan sehingga Mac tahun hadapan dan semua agensi penyelamat sedang giat memeriksa peralatan penyelamat yang ada dan membuat pembaikan sebagai langkah bersediaan menghadapi musim berkenaan sejak Ogos lepas.

“Agensi teknikal di bawah Nadma seperti Jabatan Ukur Dan Pemetaan Melaka, MetMalaysia, Jabatan Pengaliran dan Saliran dan Remote Sensing Malaysia kan sentiasa mengemas kini perkembangan atau maklumat berkaitan musim tengkujuh ini untuk disalurkan kepada pasukan penyelamat,” katanya. – BERNAMA

Tags: air pasang besar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

Air Pasang Besar, Kuala Kedah Dinaiki Air Laut

Air Pasang Besar, Kuala Kedah Dinaiki Air Laut

07/05/2023
0

ALOR SETAR : Beberapa kawasan di Kuala Kedah dinaiki air laut berikutan fenomena air pasang besar yang bermula hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd