• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Garis Panduan Penyalahgunaan PHD Sedang Dirangka

oleh Ahmad Albab
14/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi sedang bekerjasama dengan Universiti Awam (UA) menyediakan garis panduan berhubung penyalahgunaan gelaran Doktor Falsafah (PhD), kata Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata garis panduan itu termasuk kemungkinan mentakrifkan perbuatan penyalahgunaan gelaran itu sebagai satu jenayah.

“Sebenarnya isu ini (salah guna gelaran PhD) telah lama berlaku… pihak universiti dan kementerian sedang menggabungkan semua pandangan sebelum satu garis panduan dikeluarkan bagi menangani dan mengendalikan kes seperti itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi dialog bersama Majlis Profesor Negara (MPN) dan penyampaian watikah pelantikan kepada 20 exco baharu MPN untuk tempoh dua tahun, di sini hari ini. Hadir sama Pengerusi MPN Prof Tan Sri Dr Zakri Abdul Hamid, Timbalan Pengerusi MPN Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri dan Ketua Pegawai Eksekutif MPN Prof Datuk Dr Raduan Che Rose.

Idris berkata penipuan PhD merupakan satu kes umum yang boleh berlaku melibatkan mana-mana universiti dan atas sebab itu pihaknya memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan bagi mendapat pandangan menyeluruh sebelum garis panduan berkenaan dapat dikeluarkan.

Ditanya sama ada kes seumpama itu satu perlakuan jenayah, beliau berkata: “Kita akan tengok bagaimana cara untuk takrifkan perkara tersebut.”

Dalam perkembangan lain, Idris merakamkan penghargaan kepada MPN atas peranannya menyumbang pandangan kepada kerajaan dalam aspek penggubalan dasar ke arah memastikan negara terus membangun dari aspek ekonomi serta sosiobudaya.

Beliau berkata kejayaan MPN menggabungkan dan memobilisasi 2,600 profesor di bawah satu bumbung untuk bekerjasama memainkan peranan sebagai pemikir negara jelas merupakan satu keuntungan buat rakyat kerana perkara itu sukar dilihat berlaku di negara-negara lain, kecuali Malaysia. – BERNAMA

Tags: PHD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Mohon Buat PhD Di Penjara

Najib Mohon Buat PhD Di Penjara

01/12/2023
0

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam proses memohon melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD)....

Mengapa UPM Anugerah Hampir 400 PHD Tahun Ini?

18/01/2022
0

Berikut kenyataan oleh Ketua Penerangan Keadilan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin: Hairan kenapa UPM anugerah hampir 400 PhD tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd