Tuesday, February 27, 2024

Creating liberating content

Bekalan Vaksin Meningkat 16...

KUALA LUMPUR - Pelan Pemulihan Negara dirangka selepas mengambil kira ancaman COVID-19 masih...

Raja Permaisuri Agong Rai...

ALOR SETAR - Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan berangkat...

Azwan Ali Didenda RM17,000...

KUALA LUMPUR - Bekas pengacara, Azwan Ali, dijatuhi hukuman denda RM17,000 oleh Mahkamah...

Sesi Persekolahan Sekolah Terjejas...

KUANTAN: Sesi persekolahan untuk sekolah terjejas banjir, termasuk yang dijadikan pusat pemindahan akan...

Gangguan Bekalan Air Di Negeri Sembilan 1 – 2 November

SEREMBAN – Pengguna di beberapa kawasan di Port Dickson, Seremban, Rembau, Kuala Pilah dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada 1 dan 2 November ini berikutan kerja-kerja pemasangan tee, pencucian kolam dan penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi dan LRA Jelai.

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) dalam kenyataan, memaklumkan gangguan bekalan air di Port Dickson, Seremban dan Rembau adalah selama 24 jam mulai 8 pagi (1 November), manakala di Kuala Pilah dan Jempol juga selama 24 jam mulai 9 pagi (1 November).

“Kerja-kerja ini merupakan antara usaha berterusan Sains dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu hari ini.

Di Port Dickson antara kawasan terlibat ialah dari Escort Estet, Kampung (Kg) Sawah Sunggala, Bandar Sunggala, kawasan Taman (Tmn) Sirusa Jaya Batu (Bt) 6, Jalan (Jln) Pantai, seluruh kawasan Bt 5 Jln Pantai, kem-kem tentera Bt 5 Jln Pantai, kem-kem tentera Bt 4 Jln Pantai, Kg Baru Sirusa, Jln Sua Betong, Tmn Desa PD, Kg Barisan, kawasan Air Kuning sehingga kawasan Tampin Linggi.

Serta seluruh kawasan Pekan Lukut sehingga kawasan Spring Hill, kawasan Bt 6 Jln Seremban dan Bt 7 Jln Seremban sehingga kawasan simpang Siliau.

Di Seremban antara kawasan terlibat ialah Tmn Pinggiran Senawang, Kg Ulu Rantau, Sekolah Datuk Abdul Razak, RTM, Tmn Permata, Ladang Batu 11, Ladang Kombok, Tmn Ulu Lalang, Kg Solok, Kg Ribu, Kg Sega Ulu, Kg Sega Hilir, Tmn Rantau, Jln Air Kuning, Tmn Permata dan Nusari Bayu.


Di Rembau antara kawasan terlibat ialah Tmn Chembong Utama, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Chembong, Sekolah Teknik Chembong, Ladang Batu Hampar, Halal Park, Highway Pedas, Merbau 9, Kg Pedas Batu 4 (kanan & kiri), Tmn Pinggiran Pedas, Kg Minching Baru, Sg Ibor Batu 3, Kg Minching Lama, Tmn Pedas Indah dan Institut Latihan Perindustrian Pedas.

Di Kuala Pilah membabitkan kawasan antaranya ialah Kg Pelangai, Kg Sungkak, Kg Sg Dua, Kg Kuala Jemapoh, Kg Beting, Kg Seri Jemapoh, Kg Kuala Gentam, Pejabat Daerah Kuala Pilah, Kg Jemapoh, Kg Desa Jemapoh, Kg Mara Parit Tinggi dan Kg Desa Parit Tinggi,

Di Jempol, ia melibatkan sebahagian Rompin, Rumah Rakyat Rompin, Kg Orang Asli Batu Peti dan NS Cement.

Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982 untuk mendapatkan sebarang bantuan lanjut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori