• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Friends of KPDNKK’ Bakal Didaftar Sebagai Pertubuhan

oleh Ahmad Albab
15/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LARUT – Rakan strategik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) iaitu ‘Friends of KPDNKK’ akan didaftarkan sebagai satu pertubuhan selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata pendaftaran tersebut merupakan antara usaha memastikan kumpulan sukarelawan itu dapat menjalankan fungsi dan peranan dengan lebih berkesan termasuk dalam pemantauan harga barangan.

“Langkah itu bertujuan menjadikan fungsi ‘Friends of KPDNKK’ lebih menyeluruh sekaligus mempunyai kuasa untuk menjalankan beberapa tugasan dalam membantu kementerian.

“Mereka ini menjadi duta serta mata dan telinga kementerian kerana kementerian ini mempunyai banyak akta yang perlu dikawal selia,” katanya.

Hamzah yang juga Anggota Parlimen Larut bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Peluang Perniagaan Pra Francais (Bit) sempena Pesta Rakit Larut 2016 dan pelancaran Pasaraya Komuniti VBiz.my di sini hari ini.

Menurut Hamzah, ketika ini kementerian itu mempunyai kira-kira 2,500 orang penguat kuasa dan jumlah berkenaan masih belum mencukupi bagi mengawal selia pelbagai akta yang berada di bawah kementerian.

Sehubungan itu, sukarelawan ‘Friends of KPDNKK’ sangat diperlukan bukan sahaja membantu dari segi penguatkuasaan akta, tetapi menangkis pelbagai viral-viral palsu membabitkan kementerian, kata Hamzah.

Menyentuh mengenai Pesta Rakit Larut 2016, Hamzah berkata ia mampu membantu merapatkan hubungan selain meningkatkan ekonomi penduduk setempat yang mengambil kesempatan menjual pelbagai barangan.

Tambahnya, pesta kali kelima itu mendapat sambutan amat menggalakkan apabila 80 rakit termasuk dari luar Larut mengambil bahagian berbanding hanya 30 pada tahun pertama penganjuran.

“Kita akan meneruskan pesta ini kerana ia memberikan semangat bertanggungjawab dan kerjasama dalam kalangan masyarakat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hamzah ZainuddinKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

13/02/2026
0

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Menang Kemaman Petanda Jelas PN Wadah Utama Politik Orang Melayu – Hamzah

Menang Kemaman Petanda Jelas PN Wadah Utama Politik Orang Melayu – Hamzah

03/12/2023
0

PETALING JAYA : Kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, semalam membuktikan sokongan padu pengundi Melayu sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd