• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Elly Tumbuk, Sepak Saya Kerana Cemburu’ – Azmi

oleh AK-47
19/10/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK mahu orang ramai terus tuding jari menyalahkan dirinya, bekas suami Elly Mazlein, Azmi Hatta tampil buat sidang media mendedahkan punca penceraian dengan penyanyi itu.

Menurut Azmi yang juga seorang pengarah drama, sikap Elly yang kuat cemburu membuatkan dia berubah hati dan mahu berpisah.

“Hampir semua projek drama yang saya arahkan menjadi isu pertengkaran kami, selagi ada watak perempuan lebih cantik dan seksi pasti saya akan dituduh curang.

“Sehingga sampai satu tahap dia menyerang saya di lokasi gara-gara cemburu dengan Nelydia Senrose yang ketika itu menjadi pelakon utama,” katanya kepada mStar OnlineimageResize

Ketika sidang media itu, Azmi turut membawa dan menunjukkan akuan bersumpah setebal kira-kira 20 muka surat yang mendedahkan kemelut rumah tangga yang dilaluinya bersama Elly Mazlein.

Antara yang didakwa Azmi dalam akuan bersumpah itu, Elly mengeluarkan kata-kata kesat selain berlaku ganas kepadanya seperti memukul, menendang dan menumbuknya.

“Kami tidak henti bertengkar, dia melemparkan kata-kata kesat biarpun saya sudah bersumpah dengan nama Allah (terhadap sesuatu perkara).

“Baju saya ditarik hingga koyak, Elly juga menumbuk, memukul malah sampai tahap sepak terajang saya di dalam kereta ketika dia datang serang di lokasi semata-mata cemburukan Nelydia,” ujarnya.

Berikutan itu, dia mengambil keputusan untuk berpisah selain dicadangkan juga oleh bapa Elly.

Menyentuh soal anak, Azmi berkata, dia hanya akan bertemu dengan anak perempuannya jika Elly berubah dan tidak menyindirnya lagi.

“Saya harap dia berubah dan tidak melakukan provokasi atau menyindir saya sehingga saya berasa tidak senang untuk melawat anak saya,” ujarnya ketika mengadakan sidang medianya di Taman Tasik Titiwangsa itu yang turut ditemani peguamnya, Mohd. Fadly Hashim.

Pasangan ini berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika wanita itu hamil empat bulan.

Sumber: Mstar Online

Tags: ELLY MAZLEIN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Elly Mazlein Selamat Bertunang

17/12/2019
0

PENYANYI, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein kini sah bergelar tunang kepada pasangannya, Mohamad Azlan dalam majlis yang berlangsung di Pusat...

Demi Keluarga, Elly Bercuti Daripada Lakonan

19/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Elly Mazlein, mengaku dirinya harus bijak menyusun jadual agar tanggungjawab terhadap keluarga, kerjaya seni dan perniagaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd