• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dulu Kutuk Tun M, Konon Ada Kotak Rahsia Negara, Kini…

oleh
15/10/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

DAHULU, Datuk Mohamad Ezam Mohd. Nor terkenal lantang mengutuk keras Tun Dr. Mahathir Mohamad namun kini menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diterajui bekas Perdana Menteri itu.

Bekas senator itu menjelaskan bahawa konon telah mengadakan pertemuan dengan Mahathir dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan penyertaan dirinya ke dalam parti pembangkang tersebut.

“Saya bertemu Mahathir pada Selasa sebelum menyerahkan borang keahlian sebagai ahli parti baharu kepada Muhyiddin pada pagi semalam (Rabu),” kata bekas pemimpin PKR itu kepada stesen Astro AWANI.

Mohamad Ezam, 49, sebelum ini diketahui amat lantang menentang pentadbiran keras Mahathir sejak era reformasi pada 1998 selepas mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipecat zalim sebagai timbalan perdana menteri.

Beliau yang merupakan ‘orang kanan’ kepercayaan Anwar itu pernah bertindak meninggalkan PKR dan kemudian menyertai UMNO pada 2008 untuk bersama-sama berkempen menentang pihak pakatan pembangkang.

Namun, baru-baru ini beliau memilih untuk keluar daripada UMNO dengan alasan konon parti terbesar umat Melayu Islam di dunia itu tidak lagi serius dalam perjuangan menentang gejala rasuah di negara ini.

Tegas Mohamad Ezan, keputusan pelik berkenaan terpaksa dibuat bagi mempertahankan prinsip perjuangan dirinya sekali gus melakukan reformasi atau perubahan politik di negara rantau Asia tenggara tersebut.

Dulu Kutuk Tun M, Konon Ada Kotak Rahsia Negara, Kini...
Mohamad Ezam menyerahkan borang pendaftaran sebagai ahli seumur hidup UMNO kepada Abdullah Ahmad Badawi. – Gambar Arkib

Beliau pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Anwar ketika pemimpin berasal dari Pulau Pinang itu berada dalam kerajaan BN setelah dibawa masuk oleh Mahathir awal 1980-an sebelum dipecat kerana kes liwat.

Ekoran penyingkiran Anwar, Mohamad Ezam sanggup menyertai gelombang reformasi dan pernah menjadi Ketua Pemuda PKR antara 1999 dan 2005 yang dengan lantang melabel Mahathir sebagai maha firaun rejim diktator.

Beliau yang selalu dikenang dengan kisah memiliki berkotak-kotak berisi rahsia besar kerajaan kemudian membuat kejutan apabila menyertai UMNO sebagai ahli seumur hidup ketika parti itu dipimpin Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun, kira-kira setahun kemudian, Mohamad Ezam menafikan pernah memiliki sejumah kotak rahsia berkenaan di sebalik ramai ahli UMNO sendiri yang amat meragui kesetiaan beliau terhadap kepimpinan parti itu.

Anak jati Klang, Selangor itu dilantik sebagai ahli Dewan Negara pada 2010 selain menjadi Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan pada 2014 di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohamad Ezam yang terkenal sering berucap ala gaya Anwar setelah keluar UMNO pernah disebut-sebut menyertai semula PKR tetapi perkara itu dinafikan keras oleh parti pembangkang berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Mohamad Ezam MohdNorPPBM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Fahami Dendam Membara PPBM

30/01/2022
0

Tiada apa perlu dihairankan berhubung ugutan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO. Memang begitulah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd