Sample Page Title

TERKEJUT dan terkilan…Itu yang dirasai pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman (DSV) apabila mendapati surau di sebuah hotel bertaraf enam bintang di Kuala Lumpur tidak diselengarakan dengan baik malahan seperti ‘tangkap muat’ sahaja.

Beliau yang dikenali sebagai Datuk Vida terkejut apabila melihat keadan surau yang hanya boleh menempatkan tiga orang dalam satu masa serta kawasan mengambil air wuduk dianggap tidak bersesuaian kerana terlalu hampir dengan tempat solat.

Menurutnya, lebih menyedihkan apabila terdapat aliran paip yang tidak sepatutnya diletakkan di dalam surau yang sempit dan tidak mempunyai penghawa dingin untuk keselesaan pengguna.

“Sedihnya, sayang pun tak tahu. Ini keadaan surau hotel enam bintang,” katanya.

Beliau kemudiannya meninjau tandas di hotel yang sama dan alangkah terkejut apabila mendapati tandas yang disediakan pihak hotel lebih mewah berbanding surau.

“Tandas punyalah mewah, saya ni sakit kepala. Ampunkan dosaku ya Allah dan berkatilah usahaku, ya Allah,” katanya.


Menurutnya, tandas yang terletak di sebuah hotel paling mewah di Kuala Lumpur itu boleh menempatkan 100 orang berbanding surau yang hanya memuatkan tiga orang sahaja.

Katanya, peralatan di tandas berkenaan mencukupi berbanding surau yang berada di bawah pengurusan hotel sama.

Kekesalan pengasas produk Pamoga Qu Puteh ini dikongsi melalui laman Facebooknya baru-baru ini dan menjadi viral di laman sosial.

Ada netizen yang menyokong keprihatinan dan pendedahan berani Datuk Vida serta mahukan beliau berbincang secara bersemuka dengan pihak pengurusan hotel supaya masalah berkenaan dapat diselesaikan. -MYNEWSHUB.CC

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Senarai Penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR : Berikut adalah senarai Anggota Jemaah Menteri mengikut susunan kekananan.Ikuti Mynewshub: TelegramPerdana Menteri...

Tiada Menteri Dari Perlis, Kelantan, Dan Terengganu

PETALING JAYA – Tiada Menteri dalam barisan Kabinet baharu yang dilantik dalam kalangan Ahli...

Dulu Menteri Pertahanan, Kini Mat Sabu Menteri Pertanian

PETALING JAYA – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau Mat Sabu dilantik...

Nama Syed Saddiq Tiada Dalam Senarai Menteri Kabinet

PETALING JAYA – Teka-teki mengenai kedudukan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq...

Tiada Jawatan Timbalan Menteri Diumumkan

PETALING JAYA : Pengumuman Kabinet kerajaan perpaduan menyaksikan tiada jawatan Timbalan Menteri diumumkan oleh...

Ewon Benedick, Armizan Wakil Sabah Dalam Kabinet Anwar

KOTA KINABALU : Dua wakil dari Sabah masing-masing dari Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan...

Fadillah Yusof Terajui Kementerian Perladangan Dan komuniti

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilantik...