• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DRB-Hicom FC Perlu Hantar Surat Rasmi Tarik Diri Dari Liga-M

oleh AK-47
24/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kelab bola sepak DRB-Hicom (DRB-Hicom FC) perlu mengemukakan surat rasmi kepada Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) sekiranya berhasrat menarik diri daripada saingan Liga Malaysia (Liga-M), musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam ketika dihubungi Bernama hari ini, berkata pihaknya hanya mengetahui keputusan DRB-Hicom FC untuk menarik diri daripada saingan Liga Perdana menerusi media sosial serta surat khabar.

FMLLP merupakan badan khas yang mengendalikan Liga-M bermula musim 2016.

“Mengenai perlawanan play-off antara Sime Darby FC dan Angkatan Tentera Malaysia yang digembar-gembur dalam media sosial, ia tidak akan berlaku memandangkan kita tidak menerima apa-apa makluman daripada DRB-Hicom FC mengenai keputusan mereka untuk menarik diri,” katanya.

Kevin pada masa sama menjelaskan pihaknya tidak boleh mengambil tindakan ke atas DRB-Hicom FC, termasuk mengenakan denda terhadap pasukan tersebut memandangkan Liga-M 2017 belum bermula.

Media hari ini melaporkan DRB-Hicom FC bercadang menarik diri daripada saingan Liga-M musim depan, selepas dikatakan berdepan masalah kewangan dan pemain pasukan ‘The Great Bees’ turut dimaklumkan mengenai keputusan tersebut oleh pengurusan pasukan.

Pasukan yang berpangkalan di Stadium Proton, Tanjung Malim itu, sebelum ini dikenali sebagai Pos Malaysia FC selepas ditubuhkan pada Mac 2008 dan menjuarai Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada musim berikutnya sebelum dijenamakan sebagai DRB-Hicom FC pada 2014.

Isu penarikan diri pasukan daripada Liga-M bukanlah perkara baharu memandangkan beberapa pasukan seperti MP Muar dan USM FC turut berbuat demikian kerana berdepan masalah kewangan. – BERNAMA

Tags: bola sepakDRB-Hicom FC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bas Ekspres Terbalik, Semua Penumpang Selamat

Next Post

Penceramah Dr. Zakir Naik Kini Berada Di Malaysia

Related Posts

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

24/02/2025
2

•⁠  ⁠Kerajaan menyediakan RM30 juta, termasuk RM15 juta dari pihak swasta, untuk pembangunan Harimau Malaya di semua peringkat dan kejohanan...

Peluang Terakhir Malaysia….

Peluang Terakhir Malaysia….

18/12/2024
0

Kalau TMJ Gagal Majukan Bola Sepak Kita…Maka Habis La BOLA sepak adalah sukan yang paling mendapat perhatian di serata dunia...

Next Post

Penceramah Dr. Zakir Naik Kini Berada Di Malaysia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd