• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Beri Peruntukan RM100,000 Setahun Kepada BSMM WPKL

oleh AK-47
12/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan RM100,000 setahun kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) untuk kegiatan masyarakat termasuk bantuan semasa bencana alam.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata sebagai sebuah badan sukarela, BSMM WPKL tidak mempunyai sumber kewangannya sendiri dan mengharapkan sumbangan daripada badan-badan kerajaan, swasta dan orang ramai.

“Anggota-anggota BSMM WPKL telah teruji dengan semangat kesukarelaannya dalam membantu mangsa-mangsa bencana alam baik di dalam ataupun di luar kawasan Kuala Lumpur dan usaha seperti ini harus dipertingkatkan.

“Sebagai usaha untuk BSMM WPKL dapat bergerak dengan lebih aktif dan dinamik, syarikat-syarikat swasta dan agensi kerajaan lain perlu tampil memberikan sumbangan kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara DBKL dan BSMM WPKL di sini, hari ini.
Katanya pihaknya sedia mempertimbangkan pejabat gantian BSMM WPKL disebabkan
pejabat sedia ada di Jalan Yap Kwan Seng sudah uzur dan akan dibangunkan semula.

“Kami sedang mengenal pasti kawasan strategik untuk menempatkan pejabat baharu mereka. Setakat ini kami menimbangkan kawasan Sri Rampai dan Jalan Chalet (belakang Istana Lama),” katanya.

Sementara itu, Pengerusi BSMM WPKL Datuk Dr Noordin Abdul Razak berkata kira-kira 6,000 anggota membabitkan sukarelawan dan anggota peringkat sekolah didaftarkan di bawah BSMM WPKL.

Katanya bagi memupuk kesedaran pentingnya kemahiran pertolongan cemas dalam kalangan warga kota, pihaknya sedia memberikan kursus secara percuma kepada orang ramai yang berminat.

“Setakat ini lebih daripada 5,000 warga kota telah mengikuti kursus pertolongan cemas yang kami berikan secara percuma,” katanya.

Sementara itu, Mhd Amin Nordin berkata MoU antara DBKL dan BSMM WPKL dibuat bagi memudahkan kedua-dua organisasi berkomunikasi dan berinteraksi dalam hal-hal berkaitan dengan bencana alam, latihan, komunikasi dan logistik.

“Selain daripada ikatan tugas, DBKL dan BSMM WPKL turut mempunyai ikatan pegawai kerana ramai pegawai-pegawai kanan DBKL merupakan anggota jawatankuasa BSMM WPKL,” katanya. – BERNAMA

Tags: BSMMDBKL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Lebih banyak program seperti Festival Muzik Air Rain Rave 2026 yang boleh dibanggakan dan dinikmati bersama akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd