• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Negara Alami Kemerosotan Ekonomi Satu Fitnah

oleh AK-47
07/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan dakwaan kononnya negara akan mengalami kemerosotan ekonomi disebabkan faktor politik adalah satu fitnah.

Sehubungan itu, perdana menteri menyeru orang ramai supaya tidak terpedaya dengan fitnah tersebut kerana kerajaan yang memerintah adalah kerajaan yang berjaya mempertahankan pertumbuhan ekonomi negara.

“Baru-baru ini tersebar melalui laman sosial dan aplikasi WhatsApp khabar angin mendakwa kononnya negara akan bankrap pada bulan September tahun ini. Ramai pula yang mempercayainya,” kata Najib menerusi catatan terbaru di laman blog rasminya www.najibrazak.com.

Mengambil contoh krisis ekonomi yang pernah melanda negara pada 1998 dan 2008, Najib berkata ekonomi negara bahkan ekonomi dunia mempunyai kitaran naik dan turunnya.

“Pada 1998, kita mengalami krisis kewangan yang sangat dahsyat, di mana pertumbuhan ekonomi negara di tahap negatif, banyak perniagaan gulung tikar, ringgit jatuh mendadak dan rakyat hilang kerja.

“…10 tahun kemudian, dunia kembali diasak krisis ekonomi yang juga telah mengakibatkan ekonomi negara menyusut. Sebagai Menteri Kewangan ketika itu, saya telah mengambil langkah proaktif dalam merangka program perangsang ekonomi,” katanya.

Najib berkata pada tahun lepas juga, negara turut melalui satu lagi cabaran ekonomi apabila hasil pendapatan negara merosot lebih RM30 bilion akibat kejatuhan harga minyak.

“Hakikatnya, ekonomi negara tetap berkembang pada kadar lebih empat peratus pada separuh pertama tahun ini, dan tidak pula tersungkur ke tahap negatif seperti tahun 1998,” kata Najib. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd