• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuepacs Harap Jabatan Dietetik Tidak Diswastakan

oleh Ahmad Albab
10/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap sebarang cadangan untuk menswastakan jabatan dietetik dan sajian di hospital kerajaan tidak akan dilaksanakan.

Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata terdapat desas-desus cadangan itu, dan jika ia dilaksanakan, ia akan memberi kesan kepada kebajikan lebih 2,000 pembantu penyediaan makanan dan pegawai dietetik di hospital kerajaan seluruh negara.

“Cuepacs bimbang suatu hari nanti sekiranya dasar penswastaan itu dilakukan, dapur-dapur di hospital kerajaan yang menyediakan makanan untuk pesakit akan diuruskan oleh pekerja asing.

“Ini juga akan meningkatkan kos bayaran di hospital dan akan membebankan pesakit terutamanya daripada golongan miskin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sewaktu perjumpaan dan mesyuarat khas pembantu penyediaan makanan hospital Semenanjung Malaysia di Wisma Cuepacs, di sini hari ini.

Azih berkata dasar penswastaan itu sekiranya dilaksanakan akan mengurangkan jumlah dan peluang rakyat yang mahu berkhidmat dalam sektor kerajaan.

Mengenai pembentangan Bajet 2017 minggu depan, Azih meminta kerajaan supaya mempertimbangkan perlindungan insurans kepada anggota penguat kuasa selain daripada tentera dan polis.

“Sudah sampai masanya anggota perkhidmatan awam lain yang menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan untuk mereka dilindungi insurans atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),” katanya. – BERNAMA

Tags: Cuepacshospital
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cetusan Pemikiran Kritikal ‘Gen Y’ Untuk Bangunkan Negara

Next Post

Lagi Panggilan Bom Palsu Di Universiti

Related Posts

Bayi 22 Bulan Diserang Sawan Didakwa Dibiarkan Menunggu Hampir 11 Jam

Bayi 22 Bulan Diserang Sawan Didakwa Dibiarkan Menunggu Hampir 11 Jam

12/05/2025
0

MELAKA – Seorang ibu meluahkan rasa kecewa apabila bayi perempuannya yang berusia 22 bulan diserang sawan selepas didakwa lewat menerima...

Salur Aduan, Saranan Ke Agensi Berkaitan, Jangan Di Media Sosial – CUEPACS

Salur Aduan, Saranan Ke Agensi Berkaitan, Jangan Di Media Sosial – CUEPACS

18/08/2024
0

KUALA LUMPUR : CUEPACS terbuka kepada aduan dan saranan orang ramai berhubung penyampaian perkhidmatan awam supaya penambahbaikan dapat dilaksanakan secara...

Next Post

Lagi Panggilan Bom Palsu Di Universiti

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd