Saturday, May 11, 2024

Creating liberating content

#TerbangLatifTerbang Sokongan Padu Rakyat

KUALA LUMPUR - Kejayaan Abdul Latif Romly meraih pingat emas ketiga negara serta...

60 Penuntut YIK Transit...

KOTA BHARU - Enam puluh penuntut Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang transit di...

Program Sentuh Anjing Didakwa...

Seperti diketahui, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah pun mengeluarkan kenyataan akan menyiasat...

Idris Jusoh Syok Sendiri,...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang mengkritik kenyataan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri...

CUCST Nafi Azizan Sedang Buat PhD

KUALA LUMPUR – City University College of Science and Technology (CUCST) menafikan penceramah motivasi, Azizan Osman sedang menjalani pengajian (penyelidikan) di peringkat Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Peniagaan di institusi itu.

CUCST berkata, institusi berkenaan memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan reputasi CUCST dan berharap pihak media menjelaskan kekeliruan tersebut kepada orang ramai.

“CUCST ingin menjelaskan ketidaksahihan artikel melalui laman satu blog yang menyatakan Azizan sedang menjalani pengajian (penyelidikan) di peringkat Ijazah Kedoktoran Pentadbiran
Peniagaan keduanya dengan institusi kami.

“Kami berharap melalui kenyataan akhbar ini dapat menjelaskan kekeliruan tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

Sebuah laman blog baru-baru ini memetik satu sumber sebagai berkata, Azizan kini sedang menjalankan penyelidikan dan penulisan tesis bagi melengkapkan pengajian PhD keduanya.

September lalu, tiga universiti tempatan iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) menafikan menganugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran dan PhD yang membawa gelaran Doktor kepada pengasas syarikat Richworks Group of Companies itu.


Azizan bagaimanapun mengeluarkan kenyataan melalui syarikatnya dengan mengakui telah memenuhi syarat untuk Doktor Falsafah (Psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom dan konvokesyen akan berlangsung dalam masa terdekat selain memiliki kelulusan doktor sains (metafizik) daripada Universiti Gordon, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat sejak 2009.

LO

Pengakuan itu tidak berhenti di situ, apabila netizen di dalam dan luar negara terus menjalankan siasatan dan mendapati Universiti Gordon yang dinyatakan Azizan adalah tidak wujud manakala University of Herfordshire menafikan menganugerahkan PhD kepada individu yang bernama Azizan Osman dan tidak terdapat nama berkenaan dalam rekod pencarian institusi itu.

Selepas hampir tiga minggu pendedahan mengenai kelayakan akademik pakar motivasi, Azizan Osman, sehingga kini tiada penjelasan sebenar daripada empunya badan sebaliknya terus memberikan ceramah kepada yang sudah mendaftarkan diri dalam program dikelolakannya. -MYEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori