Saturday, December 7, 2024

Creating liberating content

Pertemuan Bersejarah Pope, Syeikhul...

VATICAN CITY - Pope Francis memeluk erat Syeikhul Al-Azhar dari Kaherah, Mesir dalam...

Klip Raya TNB 2017...

KUALA LUMPUR - Saban tahun menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, ramai yang menanti...

Lambak Bahan Positif Pendidikan...

KUALA NERUS - Media sosial perlu dilambakkan dengan bahan-bahan positif hasil karya amatur...

Mesyuarat ASEAN Masuk Hari...

KUALA LUMPUR - Forum Serantau ASEAN (ARF) ke-22 berlangsung pada Khamis, hari terakhir...

Coca Cola, GSC Lanjut Perkongsian 5 Tahun Lagi

KUALA LUMPUR – Coca Cola Malaysia memeterai perjanjian konsesi minuman baharu dengan Golden Screen Cinemas Sdn Bhd (GSC), melanjutkan perkongsian hampir tiga dekad mereka untuk tempoh lima tahun lagi.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, kedua-dua syarikat itu berkata semua kaunter makanan ringan GSC di seluruh negara akan menawarkan minuman Fanta, Sprite, A&W Sarsaparilla, Minute Maid Pulpy, Coca Light, Coca Light Zero dan Coca Cola.

Ketua Pegawai Eksekutif Coca Cola’s Bottling Investment Group Singapura, Malaysia dan Brunei, Stephen James Lusk, berkata perkongsian itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat tersebut kepada pelanggan Malaysia yang mana ia telahpun melabur sebanyak RM1 bilion antara 2010 dan 2016.

“Kami mahu mengembangkan lagi perniagaan kami di Malaysia dan untuk berbuat demikian kami perlu menjadi sebahagian daripada strategi pertumbuhan rakan kongsi perniagaan kami,” katanya.


GSC, yang menguasai bahagian pasaran lebih 40 peratus, memiliki 306 skrin di 33 lokasi dan kapasiti tempat duduk lebih 51,000 di Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori