• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CIMB Group Puji Bajet 2017 Sebagai Mesra Rakyat

oleh AK-47
23/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – CIMB Group menyifatkan Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyokong kepentingan rakyat dalam tempoh jangka masa pendek dan panjang.

Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, secara keseluruhan, CIMB Group yakin langkah-langkah yang dicadangkan dalam Bajet 2017 akan mencapai sasaran defisit fiskal pada tiga peratus daripada KDNK bagi tahun 2017.

“Kerajaan Malaysia jelas mengambil pandangan jangka panjang untuk membantu rakyat dengan perancangan kewangan sepanjang hayat mereka.

“Ini sangat menyokong permintaan dalam negeri dan kepentingan jangka pendek dan jangka panjang dalam memenuhi sasaran pembangunan yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah Tengku Zafrul, perbelanjaan modal yang berterusan ke atas projek infrastruktur seperti menambah baik pengangkutan dan jalan rangkaian awam terutama di Sabah dan Sarawak dan kawasan luar bandar sekali lagi membuktikan pandangan jangka panjang yang diambil oleh kerajaan dalam menyediakan ekosistem yang sesuai untuk menyokong pertumbuhan ekonomi masa depan.

Katanya, CIMB Group sebagai sebuah kumpulan perbankan yang berada di barisan hadapan dalam perbankan digital turut mengalu-alukan inisiatif kerajaan untuk menjadikan perkhidmatan jalur lebar yang lebih baik dan lebih murah untuk rakyat yang bakal memberi manfaat kepada pengguna dan korporat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bajet 2017CIMB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Auto Debit Bayaran Pinjaman Bank Sepatutnya Tak Berlaku

05/04/2020
0

PUTRAJAYA - Pemotongan auto debit melalui akaun bank tidak sepatutnya berlaku bagi pinjaman perbankan selari dengan penangguhan bayaran dilakukan oleh...

Grab, Razer, AirAsia Antara Firma Bida Lesen Bank Digital

23/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Kumpulan perkhidmatan pengangkutan e-hailing, Grab; firma perjudian, Razer; AirAsia; syarikat telekomunikasi, Axiata dan CIMB merupakan antara syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd