• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunuh Orang, Putera Arab Saudi Dihukum Mati

oleh AK-47
19/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG putera Arab Saudi telah menjalani hukuman mati, pada Selasa, setelah didapati bersalah membunuh seorang lelaki dalam kejadian tiga tahun lepas.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, Turki Saud al-Kabir didapati bersalah kerana menembak mati seorang warga tempatan, Adel Suleiman Abdul Karim Mohaimeed dalam satu pergaduhan.

Bagaimanapun, tidak disebut bagaimana pelaksanaan hukuman itu dijalankan.

Namun pada umumnya, individu yang dihukum mati di Arab Saudi dipenggal kepala dengan pedang.

Hukuman kepada putera ini mendapat perhatian kerana jarang berlaku melibatkan keluarga diraja negara itu.

Sebelum ini, kes paling terkenal melibatkan kerabat diraja Arab adalah membabitkan Raja Faisal yang dibunuh anak saudaranya, Faisal bin Musaid al Saud pada tahun 1975. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Arab Saudi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd