• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Brunei Potong Separuh Biasiswa Ke Luar Negara

oleh
22/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR SERI BEGAWAN – Kerajaan Brunei mengumumkan hanya mampu menawarkan 50 biasiswa kepada pelajar negara ‘kaya minyak’ itu yang berjaya melanjutkan pengajian ke luar negara tahun ini.

Pengurangan drastik itu terpaksa dilakukan berbanding lebih 100 penerima biasiswa ditawarkan setiap tahun sebelum ini untuk penuntut cemerlang dapat menyambung pelajaran ke mana-mana universiti di seberang laut.

Menteri Pendidikan Brunei, Dato’ Seri Setia Haji Suyoi Haji Osman menjelaskan, penurunan jumlah pemberian biasiswa kerajaan dibuat susulan semakan semula kewangan negara akibat senario kemelesetan ekonomi semasa.

“Kami cuba selaras dasar tawaran biasiswa. Saya fikir inilah masa terbaik untuk membuat penyelarasan sebaik mungkin ketika ekonomi agak sukar,” kata beliau dalam wawancara dengan akhbar tempatan The Brunei Times.

Sejumlah B$726.65 juta (kira-kira RM2.2 bilion) diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan untuk tahun fiskal semasa dengan cuma B$35.2 juta (sekitar RM106.9 juta) ditetapkan sebagai program biasiswa sesi 2016/2017.

Amaun kecil tersebut mencatatkan penurunan sebanyak 11 peratus daripada B$39.6 juta (sekitar RM120.3 juta) yang diperuntukkan pada tahun fiskal sebelum ini untuk tujuan pemberian biasiswa pelajar ke universiti asing.

Baca: Brunei Potong Gaji Penjawat Awam Sebab Kawal Ketat Bajet

Juga: Saudi Ikut Brunei Potong Gaji Menteri, Tahan Insentif Staf

Brunei Potong Separuh Biasiswa Ke Luar Negara

“Kita sedang berusaha menyemak semula segala kursus yang diambil pelajar untuk menyambung pengajian kerana tidak mahu mereka apabila pulang ke tanah air gagal pula mendapat pekerjaan,” jelas Suyoi.

Beliau menambah, biasiswa tahun akademik akan datang bakal diberi dalam dua fasa menerusi Higher Education Centralised Admission System (HECAS), satu aplikasi atas talian untuk pemprosesan data penerima biasiswa.

Malah terang Suyoi lagi: “Pihak kerajaan masih memberi biasiswa dan jika ada keperluan, kementerian juga sedia menambah dana, namun ini hanya berdasarkan kepada permintaan semasa untuk mengawal pembaziran bajet.”

Lazimnya, penerima biasiswa kerajaan Brunei turut mendapat elaun sara diri bulanan sebanyak B$500 (RM1,520) selain elaun makanan B$150 (RM460) setiap bulan dan elaun buku tahunan berjumlah B$600 (RM1,822).

Susulan penurunan jumlah penerima biasiswa, beliau berkata, pihak kementerian mendapati ada peningkatan permintaan untuk skim pinjaman pendidikan disediakan kerajaan untuk penuntut melanjutkan pelajaran tinggi.

Bagaimanapun ujar Suyoi, senarai kursus untuk pengajian di luar negara turut dikaji semula bagi memastikan penerima pinjaman itu memilih subjek terbaik yang ada nilai di pasaran kerjaya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Brunei
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

12/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah akan mengadakan lawatan negara ke Brunei...

Brunei Kekal Tangguh Buka Sempadan

08/06/2022
0

KUCHING: Brunei meneruskan penangguhan aktiviti merentas sempadan negara itu terhadap warga asing sehingga 15 Jun ini. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Jabatan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd