• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BR1M Beri Limpahan Langsung Kepada Ekonomi Negara

oleh Ahmad Albab
21/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mula diperkenalkan pada 2012 menyaksikan limpahan langsung kepada ekonomi negara termasuklah peningkatan dalam pendapatan boleh guna isi rumah, peningkatan penggunaan swasta dan peningkatan output barangan pengguna.

Menurut artikel sisipan di dalam Laporan Ekonomi 2016/17 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, pada 2014, bahagian isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 berkurangan hampir separuh kepada 24.3 peratus (2009: 52.7 peratus) manakala isi rumah berpendapatan antara RM3,000 dan RM5,000 telah meningkat ketara kepada 30.6 peratus (2009: 23.1 peratus).

Berikutan pendapatan isi rumah yang semakin meningkat, kadar kemiskinan telah mengecil kepada 0.6 pada 2014, manakala Pekali Gini telah bertambah baik dalam tempoh sama, yang menyaksikan pengurangan jurang ketidaksamaan pendapatan kepada 0.401 daripada 0.441 pada 2009.

(Pekali Gini, dengan nilai berada antara “0” dan “1”, adalah satu kaedah yang digunakan untuk mengukur ketidaksaksamaan. Nilai “0” mewakili “kesaksamaan sempurna” dan “1” mewakili “ketidaksaksamaan sempurna”.)

Menurut laporan itu, pendapatan boleh guna isi rumah adalah penentu utama penggunaan swasta, menyumbang secara purata 67.4 peratus daripada pertumbuhan penggunaan swasta.

Peningkatan pendapatan isi rumah berpendapatan rendah, akan menyumbang kepada pertumbuhan penggunaan swasta kerana golongan ini mempunyai kecenderungan marginal yang lebih tinggi untuk berbelanja.

Satu kajian oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan isi rumah berpendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan secara purata akan membelanjakan 81 sen daripada RM1 pendapatan tambahan berbanding 18 sen bagi isi rumah berpendapatan lebih daripada RM10,000 sebulan.

Antara 2012 dan 2015, BR1M menghasilkan peningkatan penggunaan swasta sebanyak 7.1 peratus secara purata berbanding 6.8 peratus tanpa pindahan tunai.

Bayaran tunai BR1M bertujuan mengurangkan kesan kos sara hidup tinggi kepada golongan 40 peratus isi rumah terendah (B40).

Kesan segera BR1M dicerminkan oleh peningkatan pendapatan boleh guna kumpulan B40, yang seterusnya meningkatkan pembelian barangan keperluan asas seperti makanan dan kediaman.

Peningkatan ini secara tidak langsung merancakkan aktiviti domestik melalui penambahan pengeluaran barangan pengguna, ia terbukti dengan peningkatan dalam pengeluaran industri berkaitan pengguna seperti kediaman, makanan dan minuman, kenderaan bermotor, pemilikan kediaman, tempat penginapan, eletrik dan gas serta kewangan dan insurans.

BR1M merupakan satu bentuk pemberian tunai bersyarat yang diberikan sebagai bayaran tunai kepada isi rumah berpendapatan bulanan bawah RM3,000 dan RM2,000 bagi individu. Pada 2014, bantuan BR1M diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000.

Pada akhir September 2016, sejumlah RM5.4 bilion telah diagihkan kepada 4.2 juta isi rumah dan 3.1 juta individu bujang. – BERNAMA

Tags: BR1M
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Parodi PPAP Versi Ais Cendol Polis Balikpapan

Next Post

13 Juta Pelancong Lawat Malaysia Sehingga Akhir Jun

Related Posts

Najib Berhak Mentadbir Malaysia Lagi Sekali

15/12/2020
0

INGAT Klinik Rakyat 1Malaysia pun dah cukup la… Itu baru satu contoh betapa Najib dahulu amat pentingkan kebajikan rakyat…. Cuma...

Lebih Baik BR1M Daripada PSP ‘RM1 Sehari’

08/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pemberian Program Subsidi Petrol (PSP) dilancarkan kerajaan semalam memperuntukkan RM1 sehari kepada penerimanya membuktikan kerajaan Pakatan Harapan...

Next Post

13 Juta Pelancong Lawat Malaysia Sehingga Akhir Jun

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd