Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Hanya 4 Komoditi Agromakanan...

PUTRAJAYA : Hanya empat jenis komoditi agromakanan tertentu tidak lagi dikenakan permit import...

Curi Barangan Kemas Ibu...

Ampang Jaya : Bahana akibat berhutang dengan along kerana ketagih berjudi menyebabkan seorang...

Gerhana Matahari Separa Merentasi...

PARIS: Gerhana matahari separa akan dapat dilihat merentasi kawasan Hemisfera Utara pada Selasa...

Koperal Ditangkap Dipercayai Terlibat...

MIRI - Polis Miri berjaya menyelesaikan kes samun wang berjumlam RM478,619.30 milik sebuah...

Bomba Selamatkan Kucing Terperangkap Dalam Paip Besi

SEPASUKAN anggota bomba bertungkus lumus menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap di dalam sebuah paip besi.

Video berdurasi satu minit itu dimuat naik oleh laman Metafora Anafora yang dipetik dari laman Sky News Arabiah.

Menerusi audio yang kedengaran pada video tersebut, anggota bomba berkenaan bertutur dalam bahasa Cina selain tulisan yang tertera di belakang salah seorang anggota berkenaan dan van putih yang berada di tempat kejadian.

Bomba Selamatkan Kucing Terperangkap Dalam Paip Besi

Bomba Selamatkan Kucing Terperangkap Dalam Paip Besi

Pun begitu, laman itu tidak menyatakan dimana dan bila kejadian itu berlaku malah tiada informasi terperinci berkaitan video tersebut yang dikongsikan.


Tiada tugas dianggap kecil dan remeh oleh anggota bomba. Adalah menjadi sebahagian daripada tugas pasukan dan anggota bomba menyelamatkan kucing sesat terperangkap, seperti mana kes kecemasan lain.

Mereka menggunakan segala kepakaran yang ada untuk menyelamatkan kucing malang itu.

Tindakan pantas mereka berbaloi apabila berjaya menyelamatkan kucing malang itu. Setelah diselamatkan, kucing malang berwarna kelabu dan putih itu terus berlari meninggalkan anggota bomba berkenaan. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori