• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Selamat Pendaki Wanita Terjatuh Di Irau

oleh Ahmad Albab
30/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands berjaya menyelamat dan membawa keluar seorang pendaki wanita yang cedera setelah terjatuh ketika dalam perjalanan menuruni Gunung Irau petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Muhamad Haziq Hazmi berkata operasi menyelamat mangsa Nuraimisuliana Mohd Ariffin, 32, dari Temerloh mengambil masa hampir 12 jam dan hanya berjaya dibawa keluar pada pukul 9 pagi tadi berikutan keadaan trek yang mencabar dan licin akibat hujan.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pukul 6.26 petang semalam mengatakan seorang pendaki wanita terjatuh akibat trek yang licin ketika menuruni gunung di pusat pemeriksaan Bonsai pada ketinggian 1,700 meter dari paras laut.

“Kita kemudian menghantar sepasukan penyelamat yang terdiri daripada empat anggota bomba dan seorang anggota polis. Sebaik tiba di tempat kejadian didapati mangsa mengalami kecederaan di kedua-dua lutut menyebabkannya tidak dapat berjalan.

“Berikutan itu, kita terpaksa memapah selain mengusung mangsa bergilir-gilir sebelum membawanya keluar pada pukul 9 pagi tadi untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Berikutan itu juga Muhamad Haziq menasihati mereka yang gemar mendaki supaya sentiasa berhati-hati atau menangguhkan sementara aktiviti tersebut terutama pada musim tengkujuh ini untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Jabatan Perhutanan Pahang sebelum ini telahpun mengeluarkan notis memaklumkan semua Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri di negeri itu ditutup sementara untuk sebarang aktiviti termasuk pendakian bermula 1 Nov ini hingga 31 Jan tahun depan. – BERNAMA

Tags: BombaGunung Irau
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd