• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Nafi Kebakaran HSA Berpunca Telefon Dicas

oleh Ahmad Albab
27/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menafikan kebakaran di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini berpunca daripada telefon bimbit dicas, seperti yang didakwa dalam media sosial.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Johor, Mohd. Rizal Buang berkata punca sebenar kejadian belum dikenal pasti kerana siasatan kebakaran masih lagi dilakukan.

Beliau berkata pasukannya masih menjalankan siasatan dan mengumpul bukti di lokasi kejadian untuk dibawa ke makmal ibu pejabat JBPM negeri selain merekod dan menemu bual saksi kejadian.

“Saya sendiri yang mengetuai operasi itu… saksi memberitahu kebakaran berpunca dari bilik rawatan. Bilik rawatan cuma ada peti ais yang menempatkan ubat-ubatan… itu sahaja yang kita nampak di lokasi itu,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di HSA hari ini.

Mohd Rizal berkata pihaknya juga menyerahkan kembali kepada HSA untuk tindakan lanjut setelah pemantauan Aras 1, yang ditutup sementara akibat percikan api semalam, didapati tiada bahaya yang boleh menyebabkan kebakaran.

Namun, pasukan bomba sentiasa ditempatkan di HSA ketika operasi pembersihan dijalankan, katanya.

Dalam pada itu, Mohd Rizal menyarankan supaya semua bangunan terutamanya bangunan lama menjalani pemeriksaan tahap keselamatan serta menaik taraf sistem keselamatan.

“Bangunan lama memang kita nasihatkan (diperiksa) kerana boleh mendatangkan masalah. Jika bangunan lama dan dibina mengguna kayu sepenuhnya, itu memang agak risiko,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga telah menyarankan supaya bangunan lama dinaik taraf menggunakan bahan yang tidak mudah terbakar selain dipasang dengan sistem keselamatan kebakaran sama ada sistem pasif atau aktif. – BERNAMA

Tags: BombaHospital Sultanah Aminah (HSA)kebakarantelefon bimbit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd