• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Kemuka Usul Khas Krisis Air Desak Selangor Selesai

oleh AK-47
07/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) Selangor akan mengemukakan usul khas pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang untuk mendesak kerajaan negeri menyelesaikan isu air di negeri itu, secepat mungkin.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Johan Abd Aziz berkata usul tersebut juga bagi membincangkan permasalahan pencemaran alam sekitar di Selangor.

“Usul ini dah siap, 12 ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) BN akan perjuangkan nasib sebahagian besar penduduk di Selangor.

“Usul mendesak kerajaan Selangor mengambil langkah proaktif bagi mengekang pencemaran alam sekitar dalam mesyuarat, di bawah Peraturan 26 Usul Khas…saya harap jangan tolak usul ini,” kata ADUN Semenyih itu kepada pemberita sewaktu lawatan 12 ADUN BN Selangor ke Pangsapuri Baiduri Taman Tasik Kesuma, di Semenyih hari ini.

ADUN Batang Kali Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan pula berharap perkara itu akan mendapat perhatian Speaker DUN.

“Ini kali pertama kita buat usul khas isu air, kita harap Speaker (DUN Selangor) usah tolak, bagi kita sama-sama bincang dalam dewan,” katanya.

Dalam pada itu, penduduk sekitar Semenyih melahirkan kebimbangan berikutan krisis air yang kini semakin meruncing tanpa sebarang usaha untuk mengatasinya oleh pihak kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 16 Hulu Langat Datuk Abdul Rahman Jaafar berkata kerajaan negeri bertanggungjawab untuk mengatasi krisis air tersebut dan perlu turun padang untuk membantu rakyat.

“Selesaikan masalah air ini segera dan jangan hanya salahkan kerajaan Pusat dalam isu ini,” katanya.

Sementara itu, seorang wakil penduduk M. Kumaravelu berkata krisis air itu turut menjejaskan persiapan mereka menyambut Deepavali yang bakal tiba, dan berharap krisis yang sudah berlarutan selama 16 hari itu segera diselesaikan.

Beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air sejak 22 Sept lepas ekoran penutupan Loji Rawatan Air Semenyih akibat pencemaran sungai mulai 22 hingga 24 September.

Dua hari lepas, loji itu ditutup lagi berikutan masalah yang sama. – BERNAMA

Tags: air selangorBN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd